Siakap Keli
semenyih bangi banjir
Gambar: JBPM Selangor

200 Penduduk Semenyih, Bangi Dipindahkan Akibat Banjir

200 Penduduk Semenyih, Bangi Dipindahkan Akibat Banjir

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Kira-kira 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, Selangor dipindahkan selepas rumah mereka terjejas banjir, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata operasi memindahkan mangsa bermula 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999.

Beliau berkata sebanyak 14 rumah di Taman Semenyih Indah membabitkan 50 orang dinaiki air setinggi 1.5 meter dan trend air semakin menurun.

BACA JUGA: Tak Perlu Kerap Letak Baja, Wanita Kongsi Cara Tanam Kacang Tanah Di Rumah

“Di Kampung Bangi Lama, pasukan bomba membantu memindahkan kira-kira 50 mangsa daripada 10 keluarga selepas 10 kediaman dinaiki air hingga paras pinggang… trend air semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ahmad Mukhlis berkata 100 mangsa di Kampung Bangi Lama berpindah sendiri ke tempat selamat.

Menurutnya setakat ini semua mangsa dipindahkan ke Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bangi dan Tadika Perpaduan Taman Bangi Ria.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?