Tak Perlu Kerap Letak Baja, Wanita Kongsi Cara Tanam Kacang Tanah Di Rumah
Sebut sahaja kekacang, ramai yang menyukainya kerana banyak digunakan dalam masakan dan mempunyai sumber protein yang tinggi. Antara kacang yang sering digunakan oleh masyarakat termasuklah kacang tanah.
Kacang tanah sering dijadikan dalam pelbagai resepi seperti kacang rebus, kacang goreng, kuah kacang, rempeyek, kuah pecal dan sebagainya.
Lazimnya, kacang ini sering dibeli kerana harga tidaklah terlalu mahal. Namun, apa salahnya jika kita mencuba kaedah lain iaitu dengan menanam sendiri kekacang ini. Lebih-lebih lagi, ia dapat menjimatkan wang ringgit.
Sehubungan itu, hari ini, SK hari ini akan berkongsikan tip menanam kacang tanah di halaman rumah menerusi perkongsian Suez Tiez di bawah. Semoga bermanfaat.
Tip Tanam Kacang Tanah Di Rumah

Saya tanam banyak tumbuhnya tak banyak… tapi 1 perdu atau pokok tu ada dalam 43 biji kacang.. Ada yang 17 biji… So apa yang saya belajar dari sesi tanam kacang tanah ni saya tengok yang banyak kacang tu yang tanahnya betul-betul saya gembur sebelum ni. Manakala lain-lain tu tanahnya sedikit keras dan banyak persaingan rumput sebab di sudut kebun.

BACA JUGA: Dapat Tuai 3 Kali Seminggu, Ini Tips Tanam Kacang Botor Untuk Hasil Terbaik
Tips Tanam Kacang Tanah
1. Pilih kacang tanah yang berkualiti (boleh guna kacang tanah mentah dari kedai tapi kena rendam dulu pilih mana yang elok).
2. Tanah berpasir atau peroi

3. Boleh tanam atas batas atau pasu atau polybag. Kalau tanam di atas batas jarak dia dalam 1 jengkal setengah. Letak 3-5 biji kacang 1 lubang.
4. Kacang tanah tak banyak cerewet atau serangan serangga tapi pastikan tanah atau kawasan tanah tu tidak banyak semut sebab semut suka makan kacang tanah. Ni pengalaman saya. Tanam 200 biji tumbuh 3 pokok je. Tak sempat tumbuh dah di makan semut.

5. Pokok kacang tak perlu pembajaan yang kerap cuma bila dah berbunga boleh letak baja kapur untuk galakkan kacangnya berisi padat.
6. Sesekali merumput untuk elakkan persaingan untuk membentuk kacang tu dan kena rajin topup tanah atau tambak tanah di perdu pokoknya untuk dapat lebih banyak kacang.

Dah tu je. Tunggu 3 bulan dah boleh dapat kacang tanah fresh. 90-100 hari kalau kiraan hari. Jangan terlebih hari pula nanti macam saya.
Cabut masa hari yang ke-110 dah ada beberapa biji yang busuk atau tumbuh akar.

Sumber: Facebook Suez Tiez via Kumpulan Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri