Siakap Keli
Gambar: _onlyfiey via TikTok

Nak Makan Churros? Ikuti Resipi Mudah Ni

Teringin Nak Makan Churros? Ikuti Resipi Mudah Ni!

Selalunya kalau kita tiba-tiba teringin nak makan Churros, kita mesti akan cari di kedai kan? Kebiasannya, mereka akan menjual Churros dengan harga RM7 atau RM8 dengan lapan Churros satu set.

Tapi, kena tengok juga tempatnya. Ada sesetengah yang mungkin menjualnya dengan harga yang lebih tinggi, ataupun sebaliknya.

Tak kisahlah mahal atau murah, yang penting anda tetap kena keluarkan duit untuk membelinya, kan? Daripada anda beli, lebih baik buat sendiri, betul tak?

Mari kita ikuti resepi mudah untuk buat Churros ni!

Bahan-Bahan

Mula-mula, sediakan bahan-bahan dulu. Kalau tak ada bahan, susahlah anda nak buat Churros ni nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Churros adalah, 1/4 cawan mentega, secawan air, satu sudu besar gula halus, satu cawan tepung gandum, 1/2 sudu kecil esen vanilla dan sebiji telur.

Untuk cinnamon sugar ataupun gula kayu manis yang digunakan sebagai salutan Churros, anda akan memerlukan setengah cawan gula kastor dan satu sudu kecil serbuk kayu manis.

Cara-Cara Pembuatan

Apabila bahan-bahan sudah tersedia, barulah boleh buat Churros!

Panaskan minyak dalam kuali untuk digunakan kemudian. Selepas itu, dalam periuk yang kecil, masukkan susu, butter, gula dan garam.

Panaskan bahan-bahan tersebut sehingga cair dan mula mendidih. Tutup api dan alihkan periuk ke tepi.

Kemudian masukkan pula tepung dan esen vanilla yang dah disediakan. Kacau sehingga tepung menjadi sekata dan tidak berketul.

Masukkan telur dan kacau sehingga sebati. Ambil sedikit adunan itu dan masukkan ke dalam piping bag yang sudah dipasang nozze.

Paip adunan dalam minyak yang telah dipanaskan tadi dan goreng Churros sehingga keperangan. Angkat Churros yang telah digoreng dan gaulkan dengan cinnamon sugar.

Kalau anda rasa dah cukup manis sebab dah ade cinnamon sugar, tak perlulah anda hidangkan dengan sos coklat. Tetapi, sekiranya anda mahu makan Churros dengan sos coklat, pun boleh juga.

Ikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

@_onlyfiey

Churros adalah sejenis snack yang berasaskan tepung dan dibancuh seperti kaedah chouz pastry, kemudian digoreng dan biasanya dihidangkan bersama sos coklat untuk dicicah. Fie kongsikan video resepi cara buat churros. Selamat memcuba! Bahan-bahan churros : 1/4 cawan butter 1 cawan air 1 sudu besar gula halus 1 cawan tepung gandum 1/2 sudu kecil esen vanilla 1 biji telur Bahan untuk Cinnamon Sugar (salutan gula kayu manis) 1/2 cawan gula kastor 1 sudu kecil serbuk kayu manis Cara-cara : 1. Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng kemudian. 2. Dalam periuk kecil masukkan air, susu, butter, gula dan garam. Panaskan sehingga cair dan mula mendidih. Tutup api dan angkat periuk ke tepi. 3. Masukkan tepung dan esen vanila kemudian kacau sehingga tepung menjadi sekata dan adunan tidak berketul. 4. Masukkan pula telur dan kacau sebati. Tuang adunan ke dalam piping bag yang sudah di pasang nozze. 5. Paip adunan di dalam minyak panas dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan gaul bersama cinnamon sugar. Hidang bersama sos coklat. #churrosrecipe #DessertsRecipes #dessert #EasyDessertRecipes #ViralDessertRecipe #DessertIdeas #EasyBakingRecipes #SimpleDessertIdeas #DessertRecipes #resepimudahsimple #SweetFoodRecipes #BakingRecipes #resepimudah #ResepDessertSimple #baking #resepidessert #creditvideototheowner #creditvideotoowner #bakingrecipe #churrosrecipe

♬ Girls Like You – Cardi B Version – Maroon 5

Sumber: _onlyfiey via TikTok

BACA JUGA: Sesuai Untuk Minum Petang, Ini Resepi Nugget Kentang Wajib Dicuba

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.