Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sesuai Untuk Minum Petang, Ini Resepi Nugget Kentang Wajib Dicuba

Nurul Alya
resepi nugget kentang
Gambar: TikTok _onlyfiey

Sesuai Untuk Minum Petang, Ini Resepi Nugget Kentang Wajib Dicuba

Kentang merupakan salah satu bahan masakan yang boleh digunakan untuk apa jua jenis hidangan. Dari sup ayam hingga kari, kebanyakan orang akan letak kentang sebagai pelengkap. Malah, ada juga yang memasukkan kentang ke dalam masakan sardin.

Kalau yang suka makan kentang tu, mesti suka juga makan snek yang berasaskan kentang kan?

Macam mana pula dengan nugget kentang? Mungkin ada yang belum pernah buat. Jadi kali ini SK nak kongsi resepi dari seorang pengguna TikTok, @_onlyfiey di bawah ini.

Bahan-Bahan

Gunakan kentang yang bersaiz sederhana sebanyak empat biji.

Kemudian, kita juga perlukan tiga sudu besar tepung jagung dan lima sudu besar tepung gandum.

Bahan seterusnya adalah garam, perasa makanan dan lada hitam.

Cara-Cara Buat Nugget Kentang

Bahan-bahan dah ada kan? Kalau semua dah cukup, jomlah belajar cara buat nugget ini pula.

Pertama sekali, kupas dulu kulit kentang itu. Kemudian, potong kentang. Lagi kecil pun lagi bagus sebab boleh melembutkan kentang dengan cepat.

Kemudian, rebuskan kentang hingga empuk (lembut). Toskan kentang, dan lecekkan sampai hancur.

Tambahkan garam, perasa makanan dan lada hitam pada kentang.

Selepas itu, masukkan tiga sudu besar tepung jagung dan lima sudu besar tepung gandum ke dalam bekas kentang yang telah dilecekkan.

Gaulkan semuanya sehingga sebati dan rehatkan doh dalam peti ais sekejap. Selepas itu, panaskan minyak. Pastikan minyak lebih sikit supaya nugget boleh tenggelam dalam minyak.

Sambil kita tengah panaskan minyak, keluarkan doh tadi dan bentukkan doh itu kepada segi empat.

Setelah kita bentukkan doh, gorengkannya ke dalam minyak panas sehingga warnanya menjadi kuning keemasan.

Selesai menggoreng, toskan nugget kentang untuk membuang minyak yang berlebihan dan hidangkan.

Senang kan resepi ini? Dah boleh terbayang dah kerangupan dan kesedapan nugget kentang ini.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Sumber: onlyfiey via TikTok

BACA JUGA: Resepi Mudah Rotiboy Homemade, Pakai Roti Gardenia Je