Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Asajaya, 6 November 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menter Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya pagi ini.
Perasmian BBP Asajaya merupakan satu detik bersejarah yang telah dinantikan oleh penduduk setempat selepas YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang yang juga Ahli Palimen P.197 Kota Samarahan membuat permohonan untuk pembinaan sebuah balai bomba di kawasan ini pada 2017.
BBP Asajaya berkeluasan 2.22 ekar dengan kos pembinaan sebanyak RM 9 juta. Ia merupakan balai Kategori D yang dilengkapi dengan ruang jentera, pejabat pentadbiran, stor logistik, bilik solat, 1 unit kuarters kelas E, 3 unit kuarters kelas F, tempat letak kenderaan, padang kawad serta kemudahan-kemudahan lain termasuk 1 unit Light Fire Rescue Tender, sebuah kenderaan utiliti dan sebuah bot penyelamat beserta enjin.
Pengoperasian BBP Asajaya ini bakal memberi sokongan kepada balai-balai bomba dan penyelamat berhampiran iaitu BBP Samarahan dan BBP Simunjan. Pembinaan balai ini pastinya memberikan kelegaan kepada penduduk selain memberikan akses kepada perkhidmatan kebombaan bukan Sahaja lebih mudah malah lebih cepat, cekap dan berkesan.
Pada tahun 2022, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berjaya mencapai 88% untuk ‘response time’ di bawah 10 minit bagi 6,693 kes kecemasan yang dihadiri iaitu peningkatan sebanyak 1% berbanding tahun 2021.

Dengan keluasan negeri Sarawak iaitu 124,450 kilometer persegi iaitu hampir sama dengan keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia, bilangan balai bomba dan penyelamat sedia ada iaitu 38 buah balai secara realitinya adalah tidak mencukupi bagi menampung keseluruhan kawasan di Sarawak, namun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan siap sedia untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan kepada warga Negeri Sarawak dengan penuh komitmen.
Dalam ucapannya, YB KM berkata, di bawah Rancangan Malaysia ke-12, Rolling Plan ke-Empat (RP4), Kerajaan juga telah meluluskan sebanyak RM267.6 juta ringgit di bawah Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE), JBPM di mana merangkumi 17 projek baharu dan 47 projek sambungan seluruh Malaysia.
Bagi tahun 2024, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM53.8 juta ringgit bagi projek baharu fizikal binaan yang merangkumi pembinaan baharu, naik taraf dan penyelenggaraan fasiliti kebombaan termasuk balai dan kuarters.
Selain itu, peruntukan sebanyak RM64.8 juta ringgit telah diluluskan bagi pelaksanaan projek baharu fizikal kelengkapan JBPM bagi tahun 2024 bagi perolehan baharu dan penyelenggaraan jentera dan kenderaan bomba iaitu refurbish 30 unit Fire Rescue Tender (FRT), penggantian 10 unit bas bomba, penyelenggaraan helikopter dan Aircraft Refuellent dan penyelenggaraan kenderaan bomba.