Siakap Keli
mamat sepah isteri
Gambar: Facebook Mamat Sepah

Jodoh Di Balai Polis, Mamat Sepah Imbas Detik Perkenalan Dengan Isteri

Jodoh Di Balai Polis, Mamat Sepah Imbas Detik Perkenalan Dengan Isteri

Jodoh adalah rahsia Allah, kadangkala ia hadir dalam pelbagai cara yang tidak disangka oleh kita.

Bercakap mengenainya, pelawak, Mamat Sepah mengimbau kembali detik-detik manis perkenalannya bersama isteri tujuh tahun lalu menerusi satu perkongsian di akaun Facebook.

Jelasnya, pada 8 November 2016, dia telah hadir ke Balai Polis Shah Alam untuk urusan penarikan kes pergaduhan adiknya antara penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor dalam keadaan marah.

Tanpa disangka hadir seorang anggota polis wanita yang menyapa di depannya bagi menghulurkan bantuan terhadap masalah yang dihadapi ketika itu.

“Pertama kali aku pi balai polis Shah Alam untuk urusan tarik kes pergaduhan adik aku antara penyokong JDT dan Selangor. Hari yang sangat aku marah memang sangat-sangat marah.

“Melintas seorang polis wanita di depan aku dan berhenti tegur aku “awak Mamat Sepah kan? Aku hangguk dan berbincang sedikit tentang ape niat aku ke balai. Dan dia bantu aku untuk permudahkan urusanku,” tulisnya.

Tambah mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad dari situlah dia dan isterinya saling mengenali antara satu sama lain sebelum mengikat tali perkahwinan empat tahun kemudian.

BACA JUGA: Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir

“Di situ bermula segalanya dan aku “balas” pertolongannya dengan pernikahan selepas empat tahun berkenalan.

“Terima kasih ALLAH dengan pertemuan dan jodoh ku ini,” katanya lagi.

Tiga Kali Tangguh Perkahwinan

Imbas kembali, Mamat Sepah sebelum ini dia telah memaklumkan bahawa dia menangguhkan majlis perkahwinannya sebanyak tiga kali, lapor Astro Awani.

“Selepas bertunang pada tahun 2018, kami pernah merancang untuk berkahwin pada Mac, kemudian tangguh ke April.

“Tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, anjak pula ke bulan Disember. Tapi sekali lagi rancangan tersebut ditangguhkan kerana saya mahu memberi fokus kepada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

“Saya harap semua dapat doakan urusan saya dan tunang berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya ketika itu.

Pada 1 Mac 2020, Mamat akhirnya melangsungkan perkahwinan bersama isterinya, lapor Astro Gempak.

Sumber: Facebook Mamat Sepah 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?