Siakap Keli
Pak belang ditemui mati dilanggar
Kredit Jabatan Perhilitan Perak

‘Pak Belang’ Ditemui Mati Dilanggar Treler Di Lebuhraya Utara Selatan

‘Pak Belang’ Ditemui Mati Dilanggar Treler Di Lebuhraya Utara Selatan

Seekor harimau belang ditemui mati selepas dilanggar sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan malam tadi, lapor Bernama.

Penemuan bangkai harimau belang itu ditemui berhampiran hentian sebelah Gua Tempurung.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata harimau jantan itu dianggarkan berusia antara lapan hingga 10 tahun.

Beliau berkata demikian selepas melawat lokasi kejadian pada malam tadi.

Susulan kejadian itu, bangkai harimau itu kemudiannya telah dibawa ke Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungkai untuk tindakan lanjut.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka