Siakap Keli
daniel ting dipanggil pasukan kebangsaan
Gambar: FAM

Daniel Ting Dipanggil Ke Kem Skuad Kebangsaan

Daniel Ting Dipanggil Ke Kem Skuad Kebangsaan

PEMAIN pertahanan kiri Sabah FC, Daniel Ting dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan hari ini menjelang perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 kelak.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, Daniel dipanggil menggantikan pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad yang terpaksa dilepaskan ekoran situasi kecederaan dialami pemain itu.

“Daniel menggantikan Azam Azmi Murad dari Terengganu FC yang hadir melapor diri, Jumaat lalu tetapi terpaksa dilepaskan, semalam selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat kebimbangan kecederaan pada lututnya.

“Dengan ketiadaan Azam, posisi pertahanan kanan akan diisi oleh Matthew Davies dan Syahmi Safari yang mana Syahmi sebelum ini dipersiapkan untuk bersama-sama La’Vere Corbin-Ong di posisi pertahanan kiri.

“Semoga Azam cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysia bakal berdepan dengan gergasi Asia Tengah, Republik Kyrgyztan pada 16 November ini sebelum bertemu dengan Chinese Taipei pada 21 November depan.

Sumber: Kenyataan media FAM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'