Siakap Keli
adam adli zhiddin
Gambar hiasan | Bernama

Isu Anugerah: Adam Adli Nak Jumpa Zhiddin

Isu Anugerah: Adam Adli Nak Jumpa Zhiddin

TIMBALAN Menteri Belia & Sukan, Adam Adli mahu bertemu dengan pempengaruh sastera terkenal, Zhiddin Aziz bagi membincangkan isu yang berlaku baru-baru ini.

Adam dalam satu kenyataan di laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter) berkata, pertemuan itu harus dilakukan ekoran sudah timbul beberapa spekulasi mengenainya.

“Memandangkan terlalu banyak perkara yang berbentuk spekulasi timbul sehingga mengheret banyak pihak, saya kira adalah baik agar pertemuan diadakan untuk rungkai isu ini secara baik.

“Saya sudah minta pejabat untuk hubungi Zhiddin dan segera aturkan pertemuan antara kami dalam minggu akan datang ini. Looking forward,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Adam sebelum itu turut menyifatkan Zhiddin memiliki potensi dan contoh yang baik dalam menyuarakan sesuatu isu, khususnya buat golongan belia sepertinya.

“Kami faham perasaan dan mungkin ketidakpuasan hati Zhiddin berkait isu tempoh hari. Beliau bebas untuk luahkan perasaan menerusi medium pilihannya.

“Zhiddin ada potensi yang baik sebagai contoh buat golongan belia. Banyak ruang yang tersedia buat beliau, malah beliau sendiri berhasil cipta ruang sendiri,” kata Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu.

Sebelum ini, timbul satu isu melibatkan anak penyampai berita terkenal, Allahyarham Aziz Desa itu yang mendakwa dirinya tidak dinamakan sebagai pemenang bagi suatu anugerah di bawah Kementerian Belia & Sukan (KBS).

Sumber: X Adam Adli

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'