Bahaya! Pakar “Share” Risiko Terbesar Seseorang Terkena Pendarahan Otak Kalau Tak Peka
Selain daripada penyakit serangan jantung, kita mesti takut dengan penyakit pendarahan otak atau lebih biasa dikenali sebagai strok.
Boleh dikatakan penyakit pendarahan otak merupakan penyakit yang paling berbahaya kerana ia berisiko untuk meragut nyawa seseorang yang menghidapinya.
Pendarahan otak ini berlaku apabila arteri di otak pecah, menyebabkan darah terkeluar daripada salurannya. Kalau nak tahu, selain daripada hentakan kepala ada sebab lain bagaimana seseorang itu boleh terkena strok.
Telusuri perkongsian pakar perubatan keluarga, Dr. Amirul Amzar untuk mengetahui apakah risiko terbesar seseorang boleh terkena pendarahan otak.
Pendarahan Otak
Antara faktor risiko terbesar untuk seseorang terkena pendarahan di dalam otak tanpa apa-apa hentakan pada kepala adalah…
Darah tinggi.
Sebab itu darah tinggi dipanggil pembunuh senyap (silent killer). Sebab waktu tekanan darah meningkat lebih dari normal, kita tak rasa apa pun. Tapi ia merosakkan salur darah dan merisikokan salur darah itu pecah. Bila berlaku, masa tu baru ada tanda-tanda. Dan waktu itu, mungkin dah terlambat.
Satu dari tiga rakyat Malaysia ada darah tinggi.
Malah, separuh dari mereka ni, tidak sedar pun mereka ada darah tinggi.
Cuba pergi periksa tekanan darah dekat farmasi. Kalau lebih 140/90, besar kemungkinan anda ada darah tinggilah tu. Jumpa doktor. Buat saringan kerosakan organ lain. Dapatkan rawatan.
BACA: Nenek Ditumbuk 125 Kali, Parah Alami Pendarahan Otak
Lima tips untuk kawal tekanan darah dari saya.
1. Kurangkan penggunaan garam dan perasa tambahan dalam masakan. Tidak kisahlah garam bukit ke, Himalaya ke, MSG ke, sos cili, tomato, ikan ke, kurangkan. Ganti dengan rempah ratus.
2. Kurangkan makanan berproses dan makanan segera. Tidak kiralah dia tulis pilihan lebih sihat ke apa.
3. Berhenti merokok dan vape. Nikotin dalam keduanya akan meningkatkan tekanan darah dan merosakkan salur darah.
4. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kalau boleh, cuba capai 10,000 langkah sehari.
5. Kalau anda sudah kena makan ubat untuk darah tinggi, mohon patuh. Separuh dari penghidap darah tinggi tidak patuh dengan ubat. Mereka hanya menyesal bila organ sudah rosak. Jangan jadi seperti ini.
Jaga diri. Jaga kesihatan. Darah tinggi adalah pembunuh senyap.
https://www.facebook.com/DrAmirulAmzar/posts/pfbid0HSf9tpXZnM5oAjjFANTCsXwoEpApLPMP2YjoBKnqbXitPCzny3QFqi2E7c5VLxSDl
Sumber: Amirul Amzar/Facebook