Siakap Keli
siti bainun penurunan berat badan
Kredit: Sinar Harian

Berat Susut Kira-kira 60kg Dalam Enam Bulan, Penampilan Terkini Siti Bainun Curi Tumpuan

Berat Susut Kira-kira 60kg Dalam Enam Bulan, Penampilan Terkini Siti Bainun Curi Tumpuan

Penampilan terkini Siti Bainun di Mahkamah Tinggi hari ini telah menarik perhatian ramai apabila wanita tersebut kelihatan semakin kurus.

Menurut laporan Sinar Harian, berat badan wanita berusia 31 tahun itu difahamkan mencecah 150 kilogram (kg) ketika dihantar ke penjara pada 3 Mei lepas.

Namun kini, berat badannya dilapor merosot kepada 90kg sahaja.

Justeru, sejak menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, ini bermakna Siti Bainun mengalami penurunan berat badan sebanyak kira-kira 60 kilogram dalam masa enam bulan.

Ketika memasuki perkarangan mahkamah, Siti Bainun telah mengenakan pakaian berupa baju jubah merah jambu.

Dia yang turut memakai pelitup muka berwarna hitam, dibawa ke mahkamah dengan diiringi beberapa anggota pegawai penjara.

Siti Bainun menjalani hukuman penjara secara serta merta, tanpa menunggu keputusan rayuan

Sebelum ini, Siti Bainun telah menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down.

Pada 3 Mei lalu, Mahkamah Sesyen telah memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella (13) di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Selain itu, Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Dia juga diarahkan untuk menyempurnakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara. Hal ini kerana, tiada keadaan khas yang mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu untuk dilepaskan sementara menunggu keputusan rayuan.

Dengan ini, wanita terbabit masih tetap kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

BACA: Hairan, Kenapa Tak Pernah Nampak Anak Burung Merpati? Ini Dua Sebab Ramai Tak Sangka

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma