Siakap Keli
angsa bahasa inggeris
Kredit: @haniffharussani/TikTok

Cara Lelaki Bertutur Bahasa Inggeris Suruh Angsa Masuk Reban Raih Perhatian “Get In The Barn!”

Cara Lelaki Bertutur Bahasa Inggeris Suruh Angsa Masuk Reban Raih Perhatian “Get In The Barn!”

Interaksi dua hala akan menjadi lebih menarik sekiranya kedua-dua individu itu memahami konteks yang disampaikan selain satu kesepakatan telah terbentuk.

Misalnya seperti video tular di media sosial baru-baru ini yang dimuat naik melalui akaun @haniffharussani.

Dalam video berdurasi 41 saat itu, penternak angsa memberi arahan menggunakan bahasa yang difahami oleh binatang ternakannya.

Namun, yang menarik perhatian umum apabila penternak itu menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan angsa-angsa tersebut.

Walaupun pada asasnya, binatang tidak boleh memahami bahasa manusia tetapi ada kalanya ia menuruti dengan melihat pergerakan.

Pun begitu, berbeza pula dengan pendekatan yang diberi oleh penternak tersebut, di mana penggunaan bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama untuknya berkomunikasi bersama angsa itu.

Menurutnya, binatang ternakannya tidak seperti yang lain dan ia hanya memahami bahasa Inggeris.

Apabila penternak itu bertutur dalam bahasa Inggeris, maka angsa-angsa tersebut yang dilihat seakan-akan memahaminya memberi respons terhadap tuannya.

Menerusi video tersebut, penternak menunjukkan bagaimana angsa-angsanya memberi reaksi ketika dia menutur dalam bahasa Inggeris.

“It is time to go home. Yo Morty, Shawn get in the barn! Come on, chop chop, get in the barn.

“Hey Jeremy, get in the barn,” arahnya. dengan menggunakan slanga.

Kemudian, angsa-angsa itu dengan terkedek-kedek sambil menggembangkan sayapnya berjalan menuju ke kandang.

Kredit: @haniffharussani/TikTok

Penternak memberikan arahan itu diberikan kerana ia sudah tiba waktu untuk haiwan itu memasuki kandang.

Setelah binatang itu mendengar katanya, dia mula mengucapkan terima kasih kerana angsa tersebut telah mengikut arahannya.

“That is right, alright. Thank you so much guys. See you tomorrow,” ucapnya.

BACA: Nenek Raih Perhatian, Selamba Tangkap Ular Sawa Besar Guna Tangan

“Itulah pentingnya English education…”

Video tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-rata terhibur dengan cara penternak itu memberi arahan kepada angsa-angsanya.

Menjengah di ruangan komen, mereka meninggalkan komen dengan mengatakan disebabkan itulah pentingnya pendidikan bahasa Inggeris dalam kehidupan.

“Southern accent baru faham, cakap melayu tak faham hahaha,” komen warga maya.

“Kuda aku pun kena cakap orang putih dengan dia huhuhu,” luah netizen yang turut merasai pengalaman yang sama.

English with accent pula tu hahaha tak tahan,” ketawa warga maya.

@haniffharussani

Masuk reban ❌ Get in the barn ✅

♬ original sound – Abg Misai – Abg Misai

Sumber: @haniffharussani/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.