Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Sampai Setahun Di Saudi, Ronaldo Berjaya Kumpul Kekayaan RM884.5 Juta

Kontrak baharu Ronaldo Al-Nassr
Kredit: AFP

Tak Sampai Setahun Di Saudi, Ronaldo Berjaya Kumpul Kekayaan RM884.5 Juta

Setelah hampir setahun berkelana di Liga Pro Saudi, pemain bola sepak popular Cristiano Ronaldo dilaporkan telah berjaya mengumpulkan kekayaan mutlak kira-kira RM884.5 juta, menjadikan beliau semakin menghampiri status bilionair.

Menerusi laporan Sport Bibble, pemenang lima kali Ballon d’Or itu mengubah laluan kehidupannya apabila beliau bersetuju mengikat perjanjian bernilai RM1.02 bilion bersama Liga Pro Saudi, Al Nassr pada akhir tahun lepas.

Difahamkan juga, dalam seminggu pemain berusia 38 tahun itu membawa pulang sebanyak RM19.64 juta dari kelab yang diwakilinya, Al-Nassr.

Perpindahan pemain kelahiran Portugal itu sememangnya memberi impak besar kepada Liga Pro Saudi dan telah terbukti menjadi pemangkin untuk bintang Eropah bermain di negara Timur Tengah.

Pemain-pemain tersebut termasuk Neymar, Sadio Mane, Roberto Firmino, Karim Benzema, Jordan Henderson, Riyad Mahrez, Allan Saint-Maximin dan Ruben Neves.

BACA: Al-Nassr Layak Ke Liga Juara-Juara Asia

Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka yang memperoleh pendapatan hampir sama seperti Ronaldo dan menandinginya.

Untuk pengetahuan, bekas pemain Manchester United itu merupakan pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam dunia bola sepak dengan margin yang agak besar.

Kekayaan mutlak yang terkumpul boleh dikatakan berbaloi dengan tahap permainannya di Al-Nassr kerana beliau telah menyumbat 36 gol daripada 42 penampilan selain membantu kelabnya berada di tangga kedua liga selepas 13 perlawanan.

Anak lelaki turut sertai Al-Nassr

Tidak hanya itu, anak lelakinya, Cristiano Jr juga telah mengikut jejak langkahnya apabila menyertai akademi remaja Al-Nassr.

Anaknya yang berusia 13 tahun itu telah mengikut jejak bapanya dengan menyertai akademi kelab sejak Ronaldo menyertai Juventus dan Manchester United.

Pada ketika ini, anaknya telah meneruskan latihan di Al-Nassr dan turut memakai jersi nombor tujuh seperti Ronaldo.

Sumber: Sport Bibble

BACA: Ronaldo Dan Mane Segak Bergaya Pakai Busana Tradisional Arab Saudi