Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiada Anggota Polis Di IPD Sepang Dikesan Buat Komen Jelik Terhadap Perdana Menteri
PUTRAJAYA, 14 Nov (Bernama) — Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pemilik akaun X yang mengatakan terdapat anggota polis di Sepang telah mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman sosial itu.
Ia susulan hantaran seorang pemilik akaun X yang memaparkan dakwaan tentang seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah melontarkan komen jelik terhadap Perdana Menteri.
Baca: Bukan Dalam Shopee Je, Kedai Fizikal Pun Mula Terima SPayLater, Ini Cara Guna Dengan Bijak
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata semakan sistem I-prs melalui nombor telefon yang tular dan di cawangan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), Bukit Aman mengesahkan individu berkenaan bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Pihak polis IPD Sepang dengan tegas menafikan bahawa posting yang ditularkan dan dikaitkan dengan kes melontar komen jelik terhadap Perdana Menteri adalah dikeluarkan oleh anggota IPD Sepang adalah tidak benar,” katanya.
Sumber: BERNAMA