Siakap Keli
Telur sotong menetas
Kredit TikTok/@aida4eva

Wanita Tak Sangka Terjumpa Telur Sotong Tersekat Dekat Pukat, Tiba-Tiba Menetas Atas Tangan

Wanita Tak Sangka Terjumpa Telur Sotong Tersekat Dekat Pukat, Tiba-Tiba Menetas Atas Tangan

Tidak semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini dapat dilihat dengan mata kita sendiri.

Misalnya kejadian yang berlaku di kawasan-kawasan terpencil seperti di dalam hutan tebal mahupun lautan dalaman.

Namun seorang wanita ini bernasib baik apabila dia berjaya menjadi saksi kepada proses penetasan telur bagi haiwan laut dalam iaitu sotong.

Kejadian proses penetasan itu telah dikongsikan oleh wanita tersebut menerusi hantaran muat naik di akaun TikTok miliknya iaitu @aida4eva.

Menurut wanita itu, telur sotong tersebut didakwa telah dijumpainya melekat pada pukat nelayan.

Kredit TikTok

Wanita itu kemudiannya mengambil sebiji telur tersebut dan secara tiba-tiba ia menetas dan mengeluarkan anak sotong yang kecil di atas tangannya.

Kredit TikTok

“Pengalaman sekali seumur hidup rasanya ni. Kisah dia jumpa telur sotong dekat pukat nelayan. Try pegang tu lembik-lembik. Ambil sebiji pegang, tiba-tiba dia beranak pula. Ehh menetas la,” tulis kapsyen video muat naik tersebut.

Telur sotong dimasukkan dalam bekas berisi air laut

Berdasarkan video itu lagi, kesemua telur sotong tadi kemudiannya dilihat telah dimasukkan di dalam sebuah bekas yang berisi air laut.

Kredit TikTok

Beberapa daripada telur sotong terbabit juga kelihatan sudah menetas dan anak-anak sotong yang kecil tadi dilihat sudah mula berenang.

Video berdurasi 19 saat itu hanya berakhir sampai disitu. Di mana lokasi dan bila kejadiannya tidak dapat dipastikan.

Selain itu, apa jenis sotong yang menetas itu juga tidak dapat diketahui ekoran kekurangan maklumat yang dikongsikan oleh wanita tersebut.

Dalam pada itu, video perkongsian menarik itu juga telah menerima pelbagai komen daripada penonton video berkenaan.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Tak payah susah-susah tengok National Geographic, akak dah tolong buat live sotong menetas,” tulis seorang netizen bergurau.

“Telur sotong katak. Dulu telur katak ni ada ja dekat tepi pantai tapi sekarang dah tak jumpa dah,” tulis seorang netizen yang memberitahu bahawa telur itu adalah dari spesis sotong katak.

First time jugak tengok baby sotong menetas,” tulis seorang lagi netizen yang baru pertama kali menyaksikan kejadian itu.

@aida4eva

Pengalaman sekali seumur hidup rasanya ni😂 Kisah dia jumpa telur sotong kat pukat nelayan..try pegang tu lembik2..ambik sebiji pegang, tetiba dia beranak plak..ehhh..menetas laaa 🤣 #hidupanlaut #telursotong #bukantelursotongkedaimamak #teluksenangin #nelayan

♬ Lil Boo Thang – Paul Russell

Sumber: TikTok/@aida4eva

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.