Kumpulan nasyid, Inteam memaklumkan bekas anggotanya, Suhaimi Saad yang sebelum ini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor telah meninggal dunia.
Dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi, Inteam memaklumkan Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 malam tadi.
“Sahabat kami yang kami kasihi, Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam.
“Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh,” maklum Inteam dalam hantaran itu tadi.
Berita lanjut menyusul.
https://www.facebook.com/100044323485091/posts/890573762430065/
BACA JUGA: Suhaimi Saad Sempat Mohon Maaf Sebelum Ditidurkan di ICU
Sumber: Inteam/Facebook