Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Masihkah ingat kisah menyentuh hati Pakcik Ahyauddin yang berniaga air balang bersama isterinya di Pasar Pantai, kini dilaporkan telah kembali ke rahmatullah.
Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh ERA dalam satu hantaran Instagram.
"Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga," maklum kenyataan itu.
Imbas kembali, Ahyauddin mendapat perhatian ramai sebelum ini kerana kegigihan dan kesetiannya menjaga isteri yang sakit akibat strok.
Dia sangat cekal menggendong isterinya dari tingkat 4 kediamannya setiap Sabtu untuk dibawa ke Pasar Malam Lembah pantai.
Allahyarhamah Roslina akan duduk menemani Ahyauddin berniaga air balang di pasar malam terbabit sehingga jualan habis.
Dalam pada itu, kisah mereka juga telah mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang segera memberi bantuan kepada anak pasangan terbabit.