Siakap Keli
Video Tular: Polis Kesan Kumpulan Lelaki Bergaduh Guna Senjata Tajam JOHOR BAHRU, 17 Nov (Bernama) -- Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata
Kredit: Bernama

Video Tular: Polis Kesan Kumpulan Lelaki Bergaduh Guna Senjata Tajam

Video Tular: Polis Kesan Kumpulan Lelaki Bergaduh Guna Senjata Tajam

JOHOR BAHRU, 17 Nov (Bernama) — Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata tajam di hadapan sebuah premis di bandar raya ini pada Rabu lepas, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat mengesahkan kejadian tersebut berlaku namun memaklumkan tiada laporan dibuat oleh mangsa atau pun pihak terlibat, setakat ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada Rabu lepas kira-kira 11.25 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Pihak polis masih giat mengesan semua yang terlibat bagi membantu siasatan.

“Kami telah buka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Azlinda Mohd Khalid di talian 017-2765250.

Terdahulu, tular dua video berdurasi enam saat hingga satu minit 25 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Pang Chong di laman Facebooknya yang memparkan mengenai insiden pergaduhan terbabit.

BACA: Baru Perasan, Rekaan Bumbung Plaza Tol PLUS Rupanya Berbeza-beza, Ini Alasannya

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma