Siakap Keli

Bakal Buru Emas Pertama Negara, Senarai Atlet Yang Layak Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Bakal Buru Emas Pertama Negara, Senarai Atlet Yang Layak Ke Sukan Olimpik Paris 2024

Sukan Olimpik adalah merupakan event sukan yang paling besar di dunia. Acara sukan ini mengumpulkan ramai atlet sukan terbaik di seluruh pelusuk dunia untuk bertanding di bawah satu bumbung bagi merebut pingat yang dipertandingkan.

Diadakan pada setiap 4 tahun, Sukan Olimpik ini dikatakan wujud sejak abad ke-19 lagi. Ia juga pertama kali diadakan pada 1986 di Athens, Greece.

Walaupun telah diadakan sejak begitu lamanya, Malaysia hanya mula menyertainya pada tahun 1956 ketika ia diadakan di Melbourne, Australia.

Dalam kesemua penglibatan kontinjen Malaysia sejak Malaysia mula menyertainya, Sukan Olimpik pada tahun 2016 yang dilangsungkan di Rio, Brazil adalah merupakan penyertaan yang paling cemerlang sekali. Pada edisi tersebut, Malaysia berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa.

Walaupun begitu, Malaysia sehingga kini masih lagi meneruskan misi memburu kilauan pingat emas pertama meskipun atlet Malaysia telah beberapa kali berusaha sehabis baik untuk memakbulkan impian tersebut.

Dalam edisi yang akan datang ini, Malaysia dijangka akan sekali lagi meletakkan sasaran paling tidak pun sebutir pingat emas demi menamatkan kemarau sejak penyertaan pertama di pentas tersebut.

Untuk Sukan Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Paris, Perancis nanti, sudah ada atlet negara yang telah pun melayakkan diri untuk bertanding demi merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia.

Atlet yang dimaksudkan tersebut adalah Bertrand Rhodict Lises dan Johnathan Wong.

Bertrand Rhodict Lises

Bertrand Rhodict Lises adalah merupakan adalah merupakan atlet dari sukan terjun dan merupakan penerjun pertama negara yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024. 

Penerjun muda ini muncul sebagai atlet pertama Malaysia yang menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya melangkah ke pentas final dalam acara 10 meter (m) platform lelaki pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023.

Atlet yang baru sahaja berusia 18 tahun ini layak secara merit kerana menamatkan saingan dalam kelompok 12 terbaik bagi memenuhi syarat kelayakan ke Sukan Olimpik dalam kejohanan tersebut.

Johnathan Wong

Johnathan Wong adalah merupakan atlet negara yang berjaya melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau berjaya menduduki tempat keempat dalam acara 10 meter air pistol dalam Kejohanan Menembak Dunia yang berlangsung di Chanhgwon, Korea Selatan.

Temasya yang akan datang ini bermakna Johnathan bakal bertanding di Sukan Olimpik buat kali kedua selepas membuat penampilan sulung di edisi di Rio pada 2016.

Walaupun tak ramai lagi atlet negara yang sudah confirm layak ke Sukan Olimpik tahun depan, mungkin masih ada ramai lagi yang bakal menyusul. 

Bagi memastikan perkara itu terjadi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah pun menyiapkan pelan yang bernama Road To Gold (RTG) bagi membantu atlet-atlet negara dalam menyiapkan diri untuk menyertai temasya berprestij sepanjang karier mereka dengan matlamat untuk mengharumkan nama negara.

Atlet yang dipilih untuk program RTG pun bukanlah kalang-kalang kerana sebahagian besarnya telah pun berjaya mencipta nama di kejohanan-kejohanan besar dan amat dikenali di dunia.

Antara atlet-atlet yang terpilih untuk program RTG ini ialah Aaron Chia dari sukan Badminton, Soh Wooi Yik dari sukan Badminton, Pearly Tan dari sukan Badminton, M.Thinaah dari sukan Badminton, Chen Tang Jie dari sukan Badminton, Toh Ee Wei dari sukan Badminton, Ng Tze Yong dari sukan Badminton, Ong Yew Sin dari sukan Badminton, Teo Ee Yi dari sukan Badminton, Datuk Azizulhasni Awang dari sukan Berbasikal, Shah Firdaus Sahrom dari sukan Berbasikal, Datuk Pandelela Rinong dari sukan Terjun, Nur Dhabitah Sabri dari sukan Terjun dan Mohamad Aniq Kasdan dari sukan Angkat Berat.

KBS juga turut notice dan mengumumkan bahawa terdapat beberapa lagi atlet baharu yang telah dimasukkan di bawah program RTG susulan daripada pencapaian yang memberangsangkan pada kejohanan baru-baru ini.

Mohamad Aniq Kasdan

Atlet muda yang baru berusia 21 tahun adalah merupakan atlet terbaru yang dimasukkan ke dalam program RTG untuk ke Sukan Olimpik Paris. 

Atlet angkat berat negara ini memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam program RTG selepas menduduki tempat ke-10 dalam ranking olimpik. Beliau dilihat mempunyai potensi besar untuk menyamai rekod angkatan pemenang pingat gangsa di Olimpik 2020.

Selain daripada itu, beberapa atlet lain yang cemerlang dalam temasya Sukan Asia baru-baru ini juga turut mendapat perhatian daripada jawatankuasa RTG. Biarpun ada yang tidak akan bertanding di Sukan Olimpik, namun kebajikan serta elaun yang diterima mereka akan ditambah baik bagi memastikan mereka dapat terus meningkatkan prestasi mereka.

Nur Shazrin Latif

Atas kecemerlangannya membawa pulang pingat emas di temasya Sukan Asia tempoh hari, pelayar negara ini telah dipilih untuk menyertai program RTG.

Beliau bakal menerima kenaikan elaun serta akan menerima insentif tambahan bagi membantu kelayakannya ke Sukan Olimpik melalui Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO). Beliau juga turut akan terus disokong sepenuhnya oleh Program Podium.

Qabil Ambak

Penunggang ekuestrian negara ini berjaya menyumbangkan pingat emas untuk negara dalam temasya Sukan Asia baru-baru ini.

Walaupun telah menyatakan hasrat bahawa beliau tidak akan bertanding di Sukan Olimpik, namun beliau tetap akan menerima sokongan daripada MSN sekiranya diperlukan.

Muhammad Arif Afifuddin bin Ab Malik

Kontinjen Skuasy

Skuad Skuasy negara telah menerima berita gembira apabila sukan Skuasy akhirnya telah terpilih untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Susulan daripada pencapaian cemerlang atlet negara yang memenangi tiga pingat emas di Sukan Asia tempoh hari, Ahli Jawatankuasa RTG dan Timbalan Chef De Mission Sukan Olimpik Paris iaitu Datuk Nicol Ann David telah diminta untuk bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan bagi mengatur pelan yang strategik dan kolektif untuk kemasukan sukan Skuasy ini ke dalam fokus program RTG pada LA 2028.

Diharapkan bahawa kesemua atlet yang dipilih ke dalam Program RTG ini dan yang akan bertanding ke Sukan Olimpik bakal merealisasikan impian untuk membawa pulang kilauan pingat emas.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan inisiatif Program RTG yang dilaksanakan oleh KBS ini boleh klik di sini.

Aqmal Ezany

I write what is right