Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelajar Tingkatan Lima Cedera Terkena Merkuri
BALIK PULAU, 20 Nov (Bernama) — Seorang pelajar lelaki tingkatan lima cedera ringan selepas terkena tumpahan merkuri daripada termometer yang pecah di dalam makmal Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Sacred Heart di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, pelajar terbabit dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau Zaiful Arif Mat Ariffin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.18 pagi dan operasi menyelamat dilakukan dengan bantuan pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Bayan Baru.
“Ketika pihak bomba tiba, pelajar yang tersentuh bahan kimia itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan pemeriksaan kami mendapati berlaku tumpahan merkuri dalam kuantiti yang sedikit daripada termometer yang pecah di atas meja makmal sekolah itu.
“Tindakan pihak bomba adalah dengan membuat size up dan pengungsian di kawasan berkenaan. Seterusnya, pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja nyahcemar merkuri itu di dalam makmal,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber: BERNAMA