Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

LANGKAWI, 18 NOVEMBER 2023 – UMW Toyota Motor membuktikan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar menerusi penglibatan aktif dalam Inisiatif Pucuk Hijau UMW (UGS), iaitu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan UMW yang dipacu oleh UMW Toyota Motor dan Perodua sejak tahun 2021.
Acara UGS di Hutan Simpan Paya Bakau Kubang Badak, Langkawi baru-baru ini mencatatkan kejayaan setelah berjaya menanam 5,900 pokok bakau, menjadikan jumlah pokok bakau yang ditanam pada tahun 2023 ialah sebanyak 12,000 termasuk 6,100 pokok bakau yang telah ditanam di Tanjung Tuan pada Mac.
Kejayaan ini tidak hanya membuktikan keazaman syarikat itu untuk mencipta masa depan yang lebih hijau dan mampan, tetapi juga sebagai sebahagian daripada usaha penting dalam mendefinisikan semula mobiliti.

“Melalui inisiatif seperti UGS, kami komited untuk merealisasikan falsafah ‘Move Your World’, yang mendefinisikan semula mobiliti sebagai aspek penting dalam kehidupan seharian.”
Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG) dan menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Kebangsaan 2020-2050, Inisiatif ini menjadi salah satu langkah penting ke arah mencipta masa depan yang lebih hijau. Dengan tema “Green Malaysia. Our Trees. Our Life.”, inisiatif ini menangani isu perubahan iklim dan pemuliharaan alam sekitar.
Inisiatif ini selari dengan komitmen Toyota Global untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050. Matlamat ini merangkumi pengurangan pelepasan CO2 secara praktikal.
Oleh itu, adalah penting untuk kita mengambil pendekatan berbilang cara termasuk menggalakkan penggunaan Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV). Menerusi usaha penanaman pokok dan pengurangan pelepasan karbon, UMW Toyota Motor sememangnya aktif menyumbang kepada misi yang lebih besar iaitu mencipta masa depan lebih mampan.
Penumpuan strategik kepada usaha penanaman pokok bakau meningkatkan kesan positif terhadap alam sekitar. Paya bakau bertindak sebagai pelindung semula jadi terhadap hakisan, meningkatkan kualiti air dengan menapis bahan pencemar, dan menyediakan habitat penting untuk pelbagai jenis hidupan liar.
Acara itu menyaksikan penyertaan para pelajar dan guru dari MRSM Langkawi, penduduk Kampung Kubang Badak, ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), dan sukarelawan berdedikasi yang terdiri dari kalangan kakitangan UMW Toyota Motor dan pengedarnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.toyota.com.my atau hubungi talian percuma Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).