Siakap Keli
buaya sarawak meningkat
Kredit: BERNAMA

Populasi Buaya Di Sarawak Meningkat

Populasi Buaya Di Sarawak Meningkat

KUCHING, 21 Nov (Bernama) — Populasi buaya di Sarawak kini meningkat berbanding sembilan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

Beliau berkata berdasarkan bancian pemantauan, Sarawak kini mempunyai kira-kira 25,000 ekor buaya berbanding 13,500 ekor pada 2014.

“Antara kawasan tumpuan bagi buaya ini adalah di Sungai Bako, Batang Lupar, Batang Sadong juga di Sibuti,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Len Talif berkata kementeriannya juga bercadang untuk mengadakan lawatan ke Afrika Selatan serta Australia bagi mempelajari cara menangani masalah populasi buaya yang tinggi.

“Sebagai contoh, kita mahu belajar dari Kruger National Park di Afrika Selatan dalam menangani buaya manakala di Australia mereka telah mengeluarkan produk-produk berasaskan kulit buaya seperti tali pinggang, kasut dan beg,” katanya.

Sementara itu, Len Talif berkata aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara ‘real time‘ atau data masa nyata yang dibangunkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dijangka dilancarkan tahun depan.

Menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.

Sumber: BERNAMA

BACA: Buaya 10 Kaki Ditangkap Ketika Sedang Berenang Dalam Kolam Rumah Penduduk

Nurhanis

Sebahagian bahagia juga melepaskan