Tengah Isi Minyak Tiba-tiba Elektrik Terputus, Apa Yang Akan Terjadi? Ini Jawapannya
Anda pernah terfikir tak, apa akan jadi kepada bangunan atau kemudahan yang menyediakan perkhidmatan ketika bekalan elektrik terputus?
Seperti yang kita tahu, bekalan elektrik yang baik sangat penting bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar dan selamat. Apatah lagi kita berada di zaman dimana hampir semua urusan berjalan di alam maya dan secara automasi.
Jadi, boleh disimpulkan bahawa semua pihak tidak terkecuali daripada menerima kesan sewaktu bekalan elektrik terputus, termasuklah stesen minyak.
Terbaru, Pak Haji yang merupakan pemilik stesen minyak Petronas telah berkongsikan apa akan terjadi kepada stesen minyak sekiranya bekalan elektrik terputus atau blackout.
Tengah isi minyak, elektrik terputus, apa yang akan berlaku?
Menurutnya, dalam sistem setiap pam stesen minyak akan tersedia dengan bekalan bateri. Bekalan bateri tersebut boleh membekalkan elektrik sehingga 10 hingga 15 minit selepas bekalan elektrik terputus.
“Dalam sistem pas di stesen minyak, kita ada bekalan bateri. Di mana bekalan bateri ini akan membolehkan komputer akan terus berjalan hingga 10 atau 15 minit sebelum secara automatik off.
“Jadi semua transaksi yang telah dilakukan, kalau anda sedang mengepam atau mengisi minyak akan berhenti dan direkodkan. Hanya minyak yang telah dipam akan dicaj kepada anda.
“Kalau ada bayar tunai, wang baki akan dikembalikan. Kalau swipe dengan kad, hanya amount yang telah dipam ke dalam kereta sahaja akan dicaj. Jangan takut semua ini ada dalam simpanan komputer kita,” terang Pak Haji tersebut.
Secara ringkasnya, bekalan elektrik hanya akan terputus selepas bekalan bateri stesen minyak habis.
Kesimpulannya, jika anda membuat urusan sebelum bekalan elektrik terputus, jangan risau kerana anda masih ada masa untuk mengisi minyak.
Selain itu, jika urusan anda tidak sempat selesai dalam tempoh bekalan bateri masih ada, maka pengisian minyak anda akan terhenti dan wang baki bayaran akan dikembalikan.
Kalau anda membuat bayaran mengguna kad pula, bayaran hanya dicaj mengikut kadar bayaran yang sudah dipam ke dalam tangki minyak.
Menurut Pak Haji tersebut, segala urusan ini adalah selamat kerana sistem komputer telah merekod segala transaksi yang dilakukan oleh pelanggan.
Sekarang anda sudah tahu kan? Lepas ini tak perlu kelam-kabut dan gelabah bila apbila mengisi minyak dan elektrik tiba-tiba putus.
BACA:Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
@petronaspulaiperdana Replying to @ZakiAlyahya apa jadi semasa isi minyak tiba-tiba Petronas Blackout ? #pakhajipetronas #petronas #petronaspulaiperdana #petronasblackout #blackout
Sumber: TikTok/@petronaspulaiperdana