Cef Buat ‘Demo’ Bakar Roti Guna ‘Oven DIY’ Tin Minyak, Belajar Dari Penduduk Gaza
Apabila berada dalam fasa kesusahan, kita akan mula mencari inisiatif melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Hal ini terjadi kerana matlamat sudah berubah di mana kita meletakkan ‘bertahan’ sebagai sasaran yang perlu dicapai.
Dari situ juga kita akan mula belajar bagaimana caranya untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan hanya berbekalkan apa yang ada di hadapan mata.
Sebagai contoh, kita tersesat di hutan keseorangan dan dari situ kita akan mula mencari apa-apa bahan untuk dijadikan sebagai alat perlindungan diri dan juga makanan.
Kemahiran yang digunakan ketika sesat itu boleh juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan juga orang lain sekiranya bermanfaat.
BACA: Tak Payah Pakai Oven, Guna Pemanggang Ajaib Je Buat Kuih Semperit Yang Menjadi Dan Gebu
Cef buat demonstratsi bakar roti guna ketuhar tin
Misalnya seperti seorang tukang masak yang mempelajari cara membuat ketuhar ‘DIY’ menggunakan tin minyak daripada penduduk di Gaza.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, cef (@taimourmauge) tersebut menunjukkan cara bagaimana beliau mengubah suai tin minyak menjadi ketuhar yang boleh membakar roti.
Beliau melakukan demonstrasi tersebut selepas melihat video tular penduduk Gaza membakar roti menggunakan ketuhar.

“Penduduk Gaza mengajar kita bahawa tin minyak boleh menjadi ketuhar di rumah,” terjemahan kapsyennya yang ditulis dalam bahasa Arab itu.
Dalam video berdurasi satu minit 15 saat itu, beliau menunjukkan cara-cara membakar roti dengan hanya menggunakan tin.
Satu tin minyak telah diambil kemudian beliau menggunakan pisau untuk membelah bahagian yang tidak diperlukan.
Kemudian, cef itu membahagikan tin itu kepada dua bahagian, yang pertama tempat untuk meletakkan arang dan roti pula di bahagian bawah.

Cef itu juga turut meletakkan keluli tahan karat sebagai alas untuk arang dan mozek simen untuk roti.
Arang mula dibakar dan beliau juga menguli roti untuk diletakkan di dalam ketuhar tin itu.
Tidak lama kemudian, apabila ketuhar itu berada dalam keadaan yang cukup panas beliau meletakkan roti yang telah siap diuli.
Roti yang leper itu mula kembang dan menunjukkan perubahan seakan-akan telah masak dalam suhu yang betul.
Apabila diperiksa, roti itu sememangnya telah masak selain kulitnya juga rangup di bahagian luar.
Cara yang digunakan penduduk Gaza sebegitu sememangnya berguna buat ramai orang sekiranya mempunyai bahan yang cukup untuk membuatnya.
@taimourmauge أهل غزة علمونا انه تنكة الزيت ممكن تصير فرن بالبيت 🇵🇸✌🏼 #شعب _جبار
Sumber: @taimourmauge/TikTok