Siakap Keli

Tak Payah Pakai Oven, Guna Pemanggang Ajaib Je Buat Kuih Semperit Yang Menjadi Dan Gebu

Kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut hari raya. Walau beraya dalam norma baharu, kedatangan Syawal tetap perlu diraikan. Ramai yang telah membuat persiapan termasuklah menyiapkan kuih raya, hidangan wajib yang perlu ada di atas meja.

Ada yang nak mencuba membuat sendiri kuih raya pada tahun ini tetapi tidak mempunyai oven atau ketuhar? Jangan risau sebab tanpa oven pun anda boleh membuat sendiri kuih raya seperti dan samperit dan biskut-biskut yang lain.

Menerusi perkongsian oleh Puan Sue di Page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) di Facebook, beliau berjaya membakar kuih semperit yang cantik hanya dengan menggunakan pemanggang ajaib.

Pertama kali saya buat posting kat group MAHN.. Biasanya jadi CCTV je.. bahang raya dah semakin dekat.. walaupun masih dalam PKP.. raya tetap raya..

Cuma nak share kepada yang berhasrat nak buat biskut raya tapi tak ada oven.. boleh guna pemanggang ajaib.. pertama kali saya bakar biskut gna pemanggang ajaib, hasilnya tidak mengecewakan…

Letak pelapik besi ni dulu lepastu alas dengan aluminum foil…

Meninjau ke ruangan komen, terdapat pelbagai tips yang boleh diikuti oleh anda yang ingin mencuba membakar biskut raya menggunakan pemanggang ajaib. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Guna api paling kecil

Kena selalu check dah masak ke belum

Kena tutup, letak pelapik besi dan alaskan dengan aluminium foil

Saya guna kuali air fryer pun boleh

Sumber: FB Puan Sue via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.