Siakap Keli
cara sekat video youtube
Gambar: AFP

Elak Anak Terpengaruh, Ini Cara Sekat Video Yang Tak Sepatutnya Di YouTube

Elak Anak Terpengaruh, Ini Cara Sekat Video Yang Tak Sepatutnya Di YouTube

Seperti yang diketahui, YouTube merupakan salah satu platform penstriman video terbesar yang menawarkan pelbagai kandungan secara global.

Seiring perkembangan waktu, rata-rata generasi muda sudah didedahkan dengan penggunaan gajet-gajet yang membolehkan mereka mengakses pelbagai kandungan hanya di hujung jari.

Meskipun “perpustakaan video” ini mempunyai pelbagai kandungan menarik untuk pembelajaran si kecil. Tetapi, ia juga mempunyai kandungan tidak sesuai.

Perkara ini tentunya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa kerana anak-anak mereka berpotensi untuk terpengaruh dengan tindakan dan perbuatan yang tidak bermoral.

Sehubungan itu, SK akan berkongsikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membendung masalah ini. Antaranya adalah dengan menyekat kandungan tidak sesuai.

Macam Mana Nak Sekat Kandungan Tidak Sesuai Di YouTube?

1.Hidupkan Mod Sekatan

Tahukah anda, sebenarnya, YouTube juga menawarkan fungsi elektif yang dikenali sebagai Mod Sekatan.

Selepas mengaktifkan mod ini, setiap kandungan yang dipaparkan pada telefon atau komputer juga akan ditapis selaras dengan pilihan pengguna.

Ikuti cara ini untuk aktifkan Mod Sekatan pada aplikasi YouTube di telefon bimbit;

Pertama, daftar masuk ke akaun anda dan tekan pada gambar profil.

Kemudian, pergi ke akses tetapan dan tekan pada Umum.

Seterusnya, cari Mod Sekatan dan aktifkan.

anak youtube video bermoral
Gambar: Airdroid Parental Control

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

YouTube Web

Untuk di laman web pula, buka YouTube dan tekan pada gambar profil.

Kedua, cari Mod Sekatan.

Gambar: Airdroid Parental Control

Ketiga, aktifkan Mod Sekatan. Mudah bukan?

Gambar: Airdroid Parental Control

2. Guna YouTube Kids

anak youtube video bermoral
Gambar: Airdroid Parental Control

Dalam membendung masalah kandungan tidak bermoral terhadap kanak-kanak, ibu bapa juga boleh menggunakan alternatif yang lebih selamat iaitu memuat naik aplikasi YouTube Kids yang ditawarkan sendiri oleh YouTube khusus untuk kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, aplikasi ini hanya tersedia apabila didaftar masuk oleh ibu bapa. Caranya mudah sahaja;

Pertama, pasang aplikasi YouTube Kids dan ikuti arahan yang diminta pada skrin.

Kedua, masukkan tarikh lahir pengguna apabila diminta.

Ketiga, tentukan sama ada anda mahu daftar masuk ke aplikasi untuk ciri-ciri yang dipertingkatkan bagi pengawalan ibu bapa.

BACA JUGA: Kenapa Penjaga Gol Minum Air Lepas Gol Dibolosi? Ini Sebabnya

3. Sekat Saluran Yang Tidak Diingini

Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk menyekat mana-mana saluran tertentu yang dirasakan tidak sesuai di YouTube.

Pendekatan ini mampu menyesuaikan kandungan dan memberikan pengalaman yang berharga sewaktu menonton. Berikut adalah langkah-langkahnya;

Pertama, pergi ke halaman saluran YouTube yang tidak diingini anda.

Kedua, tekan tiga titik pada sebelah tajuk video.

Ketiga, pilih jangan syorkan saluran ini untuk menyekat saluran tersebut terhadap anak-anak.

anak youtube video bermoral
Gambar: Airdroid Parental Control

4. Matikan Auto Play

Menerusi langkah mematikan fungsi Auto Play pada YouTube, ia boleh membantu mengawal pengalaman menonton.

Ciri Auto Play merupakan salah satu ciri yang memainkan video seterusnya secara automatik dalam senarai main sebaik sahaja video semasa tamat.

Dengan mematikan ciri ini, anda dapat menghalang video yang tidak diingini dimainkan dan secara tidak langsung, dapat memilih video secara manual.

Cara Matikan Ciri Auto Play

Pertama, buka YouTube dan sentuh pada profil.

Kedua, pergi ke tetapan dan klik pada Auto Play.

Ketiga, tekan pada butang Auto Play untuk nyahaktifkan ciri itu

anak youtube video bermoral
Gambar: Airdroid Parental Control

Langkah Lain Untuk Menyekat Kandungan Tidak Bermoral Di YouTube Untuk Kanak-Kanak

BACA JUGA: Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

1. Hadkan Penggunaan YouTube

Selain langkah di atas, ibu bapa juga boleh membendung kandungan yang tidak sesuai terhadap anak-anak dengan menetapkan masa penggunaan aplikasi itu.

Langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu mengehadkan masa anak-anak terhadap platform berkenaan.

2. Cipta Senarai Main Di YouTube

Melalui penciptaan senarai main YouTube, setiap kandungan yang ditonton oleh anak-anak telah dipilih mengikut kesesuaian dengan umur.

Secara tidak langsung, ia dapat mengawal kandungan yang ditonton oleh anak-anak.

3. Gunakan Akaun YouTube Yang Sama

Manakala, perkongsian akaun YouTube juga membolehkan ibu bapa mengawasi sejarah tontonan mereka dan video yang disyorkan oleh YouTube.

Sekiranya, kandungan yang dikeluarkan tidak sesuai, ibu bapa mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kandungan tersebut.

4. Tonton YouTube Bersama Anak-Anak

Salah satu cara paling efektif untuk menyekat kandungan yang tidak sesuai di YouTube ialah menonton YouTube bersama anak-anak.

Menerusi alternatif ini, ibu bapa dapat menyelaraskan kandungan yang sesuai dengan nilai kekeluargaan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Airdroid Parental Control

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.