Siakap Keli
beli cuckoo menang kondo

Dulu Ada Yang Pertikai, Sekali CUCKOO Dedah Pemenang Kondo, Siap ‘Offer’ Tesla Model 3 Lagi

Tengah-tengah syok minum air sejuk dari penapis air sambil tengok tv, tiba-tiba terima call cakap kita dapat kondo. Tak ke ‘tiber’ tu? Lepas tu bila nama kita diumum sebagai pemenang, ada pulak orang lain yang tak percaya, siap pertikai itu ini lagi.

Hah! Itulah yang min nak cerita kat korang semua. Kalau korang masih ingat lagi, Ogos lalu jenama pencipta kediaman sihat, CUCKOO ada menganjurkan peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo. Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun memang menarik gila.

Artikel terdahulu

Kalau korang nak tahu, hadiah utama yang CUCKOO bagi ialah unit rumah kondominium di EXSIM D’Terra! Selain tu hadiah pertama pula kereta Proton Saga, disusuli dengan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000! 

Tapi kan masa min umumkan peraduan ni dulu, ada la sorang dua netizen yang macam tak percaya dan pertikaikan apa yang CUCKOO buat. Malah siap ada yang berkata itu semua taktik marketing je. Min bagi contoh kat bawah:

Antara komen netizen

“Ini semua marketing tuan-tuan..untuk lariskan jualan,” kata seorang netizen.

Antara komen netizen

“Boleh percaya ke,” kata seorang lagi netizen.

Pemenang-pemenang bertuah semuanya dah pun dapat hadiah mereka masing-masing. Tapi ada pulak yang tak percaya. Hah sekali CUCKOO up pemenang terus kali ni. Nak tahu siapa pemenang bertuah dapat kondo dan kereta tu?

Senarai pemenang bertuah Beli CUCKOO Menang Kondo

Untuk makluman semua, berikut ialah pemenang-pemenang hadiah utama iaitu unit Kondominium EXSIM D’Terra!

Pemenang hadiah kondominium

Manakala ini pula ialah pemenang-pemenang bagi hadiah kereta Proton Saga seramai 12 orang yang bertuah bagi keempat-empat kali cabutan.

12 orang pemenang Proton Saga

Tidak kurang juga, seramai 100 orang pemenang bertuah turut memenangi hadiah selanjutnya iaitu berupa wang tunai RM1,000! Tahniah min ucapkan kepada semua pemenang bertuah!

Min nak tunjukkan sekali video testimoni mereka yang bertuah menang hadiah menarik dari CUCKOO:

Ada peluang lagi ke nak menang kalau dah terlepas peraduan?

Mesti ada yang tertanya-tanya kan, ada peluang lagi ke nak menang hadiah jugak walaupun dah terlepas peraduan? Tengok orang lain sedap dapat kondo, kereta, wang tunai, kita pun mestilah nak jugak kan? Persoalannya, boleh ke?

Jawapannya, BOLEH!

Peraduan peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo fasa dua.

Untuk pengetahuan semua, CUCKOO masih lagi meneruskan peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo. Tapi apa yang bezanya pada peraduan fasa kedua ini, hadiah-hadiah yang ditawarkan jauh lebih menarik. Lagi menarik, lagi gempak!

Peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo fasa dua kali ini menawarkan hadiah lumayan iaitu hadiah utama unit kondo EXSIM D’Terra Condominium, hadiah pertama Proton Saga disusuli hadiah wang tunai bernilai RM1,500 (sebelum ini RM1,000).

Namun apa yang lagi best, hadiah pertama kali ini korang akan turut berpeluang memenangi kereta elektrik Tesla Model 3! Kesemua hadiah menarik kali ini bernilai sehingga RM3 juta! Ni baru betul macam min cakap, orang beli rumah letak CUCKOO, korang beli CUCKOO terus dapat Tesla. Fuh!

Cara nak menang senang je. Korang beli je apa-apa produk CUCKOO dan pasangkannya kat rumah semasa dalam tempoh peraduan ni berlangsung iaitu dari 1 Oktober lepas sehingga 31 Disember depan, automatik akan dikira menyertainya.

Cabutan bertuah akan dibuat setiap bulan. Jadi kalau korang nak tahu pemenang bertuah pada Oktober, tunggulah min umumkan nanti.

Jadi kalau nak tahu lebih lanjut dan nak cuba jadi pemenang bertuah, bolehlah follow peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo fasa dua ini DI SINI sekarang!

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'