Siakap Keli
ebby yus bateri jantung
Kredit: @ebbyyus/TikTok

Ebby Yus Ikhtiar Sendiri Cari RM38,000 Pasang Bateri Jantung

Ebby Yus Ikhtiar Sendiri Cari RM38,000 Pasang Bateri Jantung

Pelawak dan juga pelakon Ebby Yus menjelaskan akan cuba sedaya upaya mencari sendiri wang berbaki RM38,000 untuk menjalani prosedur memasang bateri jantung demi kesihatan dirinya.

Menerusi laman TikTok rasminya, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, berkata beliau tidak memohon bantuan dana daripada orang ramai malah akan mencuba untuk berusaha sendiri mencari wang buat jantungnya yang semakin lemah.

Ebby mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara tersebut kerana terdapat sesetengah pihak mahu membantunya namun pada masa kini beliau yakin akan dapat mengumpulnya sendiri tanpa bantuan.

“Saya dapat bantuan daripada pihak hospital, cuma saya kena sediakan sedikit (wang) kerana pihak berkenaan tidak menyediakan sepenuh bantuan.

“Untuk pengetahuan, Insya-Allah saya akan dapatkan yang sedikit (wang) itu. Sebab ramai yang hubungi saya mahu bantu, saya amat bersyukur dan berterima kasih cuma setakat ini, saya Insya-Allah (mampu),” jelasnya dalam video pendek itu.

Beliau turut berterima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan dan sedar dengan keadaannya.

Jelasnya, sekiranya doktor menyarankan untuk memakai alatan tersebut, beliau tidak mempunyai cara lain selain ikhtiar untuk mengumpulkannya sedikit demi sedikit.

Sebelum ini, media melaporkan kekuatan jantung Ebby hanya tinggal 26 peratus selepas menjalani pemeriksaan doktor beberapa bulan yang lalu.

@ebbyyus

♬ original sound – Ebby Yus Rashid – Ebby Yus Rashid

Sumber: @ebbyyus/TikTok

BACA: “Kalau Surat Dah Sampai Maaf La Ye,” Jep Sepahtu Sahkan Page FB Ini Bukan Miliknya, Minta Pemilik Untuk Padam

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.