Segar Bugar, Lelaki Kongsi Cara Buat “Baja DIY” Supaya Tanaman Subur
Kalau bercakap tentang pembuatan sendiri (do it yourself (DIY), rata-rata rakyat Malaysia memang pakar dalam perkara tersebut.
Tidak kisahlah sama ada ia berkaitan rumah, almari, baja dan banyak lagi mereka sememangnya sangat pandai dalam menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Kelebihan DIY ini bukan sahaja boleh menjimatkan wang malah bahan-bahan yang tidak boleh dilupuskan dapat dikitar semula menjadi bahan yang berguna dalam kehidupan seharian.
Bagaimanapun, untuk melakukan DIY individu tersebut mestilah berdepan dengan pelbagai percubaan dan kegagalan sebelum ia berhasil menjadi seperti yang diminta.
Artikel SK pada kali ini berkongsi tentang cara pembuatan baja yang mampu menyegarkan tanaman sama ada di rumah atau di kebun.
Kadang-kadang tak semua DIY sesuai dengan tanaman kita namun tidak salah untuk mencuba baja DIY pada kali ini kerana bahan-bahan yang digunakan memang mudah untuk didapati.
BACA: DIY Baja Dari Yakult Dan Telur, Tips Mudah Supaya Pokok Subur Dan Berbuah Lebat
Cara buat baja DIY
Menerusi perkongsian Norahim Ibrahim, baja DIY tersebut dia telah gunakan terhadap tanamannya dan ternyata memang menjadi.
Tanaman tampak lebih segar dan pertumbuhannya juga tidak terbantut selain hasilnya yang sangat memuaskan hati.
Jelasnya, tiada ramuan istimewa yang digunakan untuk menjadikan tanamannya segar, hanya gunakan air rahsia ini sahaja.
Menurutnya, cara pembuatannya juga tidak susah malah hanya perlukan tiga bahan sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah baldi, air dan juga kulit bawang merah.
Ujarnya, baja tersebut memang tidak susah untuk dibuat tetapi orang yang rajin sahaja yang dapat memiliki tanaman yang segar kalau ikut caranya.
“Rendam kulit bawang semalam dan esok boleh siram.
“Kalau rasa air rendaman itu agak pekat, tambahkan lagi air. Siram hari-hari pun tiada masalah,” jelasnya.
Jadi anda pun dah tahu bagaimana untuk melakukannya dan esok bolehlah buat.
Jangan lupa untuk rendam kulit bawang dahulu. Selamat mencuba!
Sumber: Norahim Ibrahim/Facebook
BACA: Pati Baja Kulit Telur, Resipi Untuk Membantu Kelekatan Bunga