Siakap Keli
SPRM akaun palestin
Gambar: Bernama

SPRM Beku Akaun Aman Palestin

SPRM Beku Akaun Aman Palestin

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat Pertubuhan Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan adalah RM15,868,762.00.

SPRM dalam satu kenyataan berkata siasatan berhubung dakwaan pertubuhan itu menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai telah dijalankan sejak 17 Oktober 2023.

Pihaknya juga turut membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“SPRM juga telah merakamkan beberapa keterangan saksi-saksi penting dan hasil siasatan awal telah mengenal pasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan lain selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan,” jelas SPRM.

BACA JUGA: Ini Malaysia Perlu Hadap Nak Layak Ke Piala Dunia 2026

Kes itu disiasat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMPLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

Sumber: SPRM 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?