Siakap Keli
Proton Pakistan promo Saga
Kredit Facebook/Proton Pakistan

Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Masuk Tolong “Support” Dekat Komen

Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

Proton merupakan sebuah syarikat kereta tempatan yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia. Selain menjual produk mereka dalam pasaran dalam negara, kereta-kereta keluaran Proton juga dieksport ke luar negara.

Salah satunya adalah ke pasaran Pakistan. Antara model yang dibawa masuk ke negara tersebut adalah Proton Saga yang dijual pada harga PKR 4,099,000 (RM67,968).

Perkara itu telah dikongsikan oleh Facebook, Proton Pakistan yang mempromosikan kereta sedan pilihan ramai tersebut.

“Proton SAGA pada harga luar biasa 4,099,000 PKR! Sarat dengan ciri mesra keluarga, penilaian keselamatan NCAP 4 bintang dan pemanduan yang selesa.

“Ini adalah peluang untuk anda menikmati pengalaman pemanduan yang luar biasa. Bukan setakat memandu, tetapi marilah bersama-sama maju bersama Proton,” tulis muat naik hantaran tersebut.

Walaupun promosi berkenaan dibuat untuk negara berkenaan, nampaknya sokongan turut diberikan oleh pelanggan-pelanggan Proton di Malaysia.

Sokongan itu sekaligus telah membantu dalam memberikan persepsi dan promosi baik kepada jualan kereta jenama kebanggaan negara tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman mereka sepanjang menggunakan kereta jenama Proton tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“13 tahun saya guna Proton Saga. Sangat terbaik dan hampir tiada sebarang masalah besar yang dihadapi sepanjang tempoh itu. Harap ia mampu memberikan kepuasan yang terbaik kepada warga Pakistan,” tulis Zal Wahab pengguna Proton Saga Malaysia.

“Proton adalah salah satu kenderaan yang mempunyai kawalan dan keselesaan yang terbaik pernah saya pandu,” tulis Santino D Antonio pula.

“Proton Saga saya sudah capai 200,000 km dan masih gagah berjalan,” tulis Azfar Hakim Yusof yang turut berkongsikan perbatuan kereta Proton Saga miliknya.

“Dari depan hingga ke belakang ia sangat selesa. Kawalan dan pemanduan sangat hebat. Berbaloi untuk dibeli,” tulis MC Raz yang memuji kawalan kereta keluaran Proton.

“Ia adalah kerata yang baik. Pakcik saya guna Proton Saga sudah hampir 20 tahun,” tulis Hafiz Netero pula.

BACA: Setiap Tahun Ada, Ketahui Apa Itu Black Friday

Untuk makluman, Al-Haj Automotive Private Limited adalah pengedar sah ekslusif dan juga pemasangan kenderaan bagi Proton di Pakistan.

Perkara itu telah dimuktamadkan dalam majlis menandatangani perjanjian bersama Proton Malaysia pada 29 Ogos 2019 yang lalu.

Sumber: Facebook/Proton Pakistan, Proton Pakistan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka