Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TS Muhyiddin Ambil Keputusan Tidak Pertahan Jawatan Presiden Bersatu

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Muhyiddin Ambil Keputusan Tidak Pertahan Jawatan Presiden Bersatu
Kredit: Bernama

TS Muhyiddin Ambil Keputusan Tidak Pertahan Jawatan Presiden Bersatu

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden dalam parti tersebut.

Difahamkan, Bersatu bakal menjalankan pemilihan parti yang dijangka berlangsung sebelum hujung tahun hadapan.

“Maka, pada hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya ingin mengumumkan bahawa masa untuk saya mewariskan kepimpinan parti kepada barisan kepimpinan yang baru telah pun tiba.

“Untuk itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun hadapan,” katanya.

Jelas Bekas Perdana Menteri tersebut, tindakan ini adalah untuk memberi peluang kepada muka baharu dalam kepimpinan parti tersebut.

Baginya, sudah tiba masanya bagi beliau untuk mewariskan kepimpinan parti terhadap pemimpin baharu untuk menerajuinya.

Tindakan ini bertujuan untuk terus menjulang parti berkenaan yang dianggap sebagai parti pembela untuk bangsa Melayu dan golongan Bumiputera.

Cadang pemimpin parti untuk mengadakan musyawarah terlebih dahulu

BACA: Kenapa Dalam Sukan, Taiwan Dipanggil Chinese Taipei? Ini Sejarahnya Ramai Tak Tahu

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, beliau turut memberikan cadangan kepada barisan kepimpinan kanan parti untuk bermusyawarah terlebih dahulu.

Cadangan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan tokoh-tokoh parti mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan parti pada masa yang akan datang.

“Ini adalah Perhimpunan Agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden parti. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu sekiranya saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang saya memimpin parti. Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” ujarnya lagi.

Muhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Bersatu di Shah Alam hari ini.

BACA: Rupanya Kena Pulang Balik, Kenali Xyloband, Gelang Cahaya Dipakai Peminat Coldplay

Sumber: Astro Awani