UTeM Naik Taraf Kelajuan Internet Dari 3Gbps Kepada 13 Gbps Bermula 1 Oktober Lalu
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dilapor telah menaik taraf kelajuan capaian internet di dua buah kampusnya.
Difahamkan, kelajuan capaian internet di UTeM dinaik taraf daripada 3 Gbps kepada 13 Gbps bermula 1 Oktober tahun ini.
Dua kampus yang terlibat dalam penaiktarafan ini adalah Kampus Induk di Durian Tunggal dan Kampus Teknologi di Ayer Keroh.
Menurut Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin, usaha ini merupakan kerjasama penuh dengan syarikat TIME dotcom Berhad sehingga September 2025.

Ujarnya, pelaburan ini adalah selari dengan agenda Transformasi Pendigitalan secara menyeluruh di semua Universiti Awam (UA) di Malaysia..
“Sehubungan dengan itu perkara ini juga adalah selari dengan 5 Teras Strategik UTeM yang berkait langsung dengan Teras Strategik 4 UTeM iaitu Mencetuskan Ekosistem Rancak, Melestarikan Universiti.
“Ini adalah untuk memastikan akses kepada infrastruktur dan infostruktur digital yang berpatutan, boleh dipercayai, mampan dan bersepadu untuk semua termasuk pelajar, staf dan pemegang taruh,” ujarnya lagi.
Beri impak positif kepada warga UTeM dalam menyelesaikan pelbagai urusan di kampus
BACA: Tunai Hasrat Terakhir Nanami, Viral “Kento Nanami Memorial Shrine” Ada Di Kuantan?
Selain itu, Massila berkata, usaha ini turut memberi kesan positif kepada setiap aspek, seperti operasi pentadbiran dan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian.
Dengan ini, proses PdP antara pelajar dan pensyarah secara atas talian dapat dijalankan dengan baik, tidak mengira tempat mahupun masa.
“UTeM komited dalam memajukan transformasi pendigitalan dalam operasi PdP dan operasinya dalam memberi impak, cabaran dan peluang yang besar dalam kehidupan bagi memudahkan segala urusan secara dalam talian,” ulasnya dalam kenyataan yang diberikan baru-baru ini.
Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UTeM, Prof Dr Mohd Khanapi Abd Ghani pula berkata, penaiktarafan perkhidmatan internet daripada 1Gbps kepada 10Gbps dapat dinikmati buat seluruh warga UTeM di Kampus Induk.
Selain fakulti-fakulti di sana, peningkatan kelajuan capaian internet turut dapat dirasai di kolej-kolej kediaman pelajar di UTeM.
Bagi Kampus Teknologi pula, perkhidmatan internet dinaiktaraf daripada 2Gbps kepada 3Gbps, tambah Mohd Khanapi.
Dalamp pada itu, capaian internet antara Kampus Induk dan Kampus Teknologi juga telah dinaikt araf daripada 550Mbps kepada 800Mbps.
“Secara operasinya proses berkenaan telah dilaksanaka secara optimum dan berjalan dengan lancar serta menyeluruh lalu impaknya telah mula dinikmati oleh seluruh warga UTeM pada masa kini,” jelasnya lagi.
BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya
Sumber: Kenyataan Media UTeM