Siakap Keli
wanita maut dalam kereta
Gambar: Bernama

Wanita Ditemukan Maut Dalam Kereta, Rakan Lelaki Pengsan

Wanita Ditemukan Maut Dalam Kereta, Rakan Lelaki Pengsan

KOTA BHARU, 27 Nov (Bernama) — Seorang wanita berusia 20 tahun ditemukan maut manakala seorang lagi rakannya tidak sedarkan diri dalam kereta, di sebuah stesen minyak dekat jalan Sultan Ibrahim, di sini, 10.17 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ke atas mangsa dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan keracunan gas karbon monoksida.

“Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki Melayu berumur 20 tahun dan seorang wanita Melayu berumur 20 tahun telah terbaring tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat wanita itu telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mohd Rosdi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut dan menghormati privasi keluarga mangsa.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story