Siakap Keli
pelajar maut mersing
Kredit: BERNAMA

Pelajar Tingkatan Tiga Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda Di Mersing

Pelajar Tingkatan Tiga Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda Di Mersing

MERSING, 28 Nov (Bernama) — Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Penyabong, Endau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, mangsa Syuhada Zafirah Samin, 15, dipercayai baru pulang dari sekolah dengan menaiki bas.

“Hasil siasatan mendapati pemandu lelaki Toyota Hilux itu sedang dalam perjalanan dari arah Penyabong ke Endau di sini dan cuaca ketika itu hujan gerimis

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu Toyota Hilux itu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan, pada pukul 10.24 malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja lelaki bertindak mengacukan pisau kepada pemandu e-panggilan dalam cubaan samun di Taman Keladi dekat sini, kira-kira pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata pemandu warga emas berusia 65 tahun itu, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan sebaliknya bertindak menggigit tangan suspek dan merampas pisau tersebut, sebelum remaja terbabit turun dari keretanya dan melarikan diri.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana