Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pemandu bas lesen tamat tempoh
Kredit: BERNAMA

Pemandu Bas Kilang Ditahan Dengan Lesen Sudah 12 Tahun Tamat Tempoh

Nurhanis

Pemandu Bas Kilang Ditahan Dengan Lesen Sudah 12 Tahun Tamat Tempoh

NIBONG TEBAL, 14 Nov (Bernama) — Seorang pemandu bas kilang ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan di jalan raya di sini hari ini dan didapati memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh sahnya 12 tahun lepas.

Pemandu berusia 48 tahun dari Karangan, Kedah itu antara yang ditahan menerusi Ops Patuh Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di Valdor, petang tadi.

Ketika ditahan, dia membawa 33 penumpang pekerja warga asing dalam perjalanan dari sebuah kilang di Batu Kawan menuju ke asrama pekerja terbabit di kawasan Valdor.

Lelaki itu mendakwa wangnya sudah habis membayar saman sebelum ini menyebabkan dia tidak memperbaharui lesen dan masih mempunyai lima lagi saman yang belum dijelaskan selain mendakwa hanya menjadi pemandu gantian dan dibayar RM30 sehari untuk satu perjalanan.

“Lesen saya sudah tamat tempoh sejak 2011…sebelum ini saya bawa lori tanah dan masih ada lima saman tertunggak yang belum dibayar. Saya sudah tak ada duit…ini pun ganti orang saja bawa bas tak sangka pula kena tahan,” katanya.

Sementara itu Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Adenan Md Isa berkata, pihaknya telah mengambil tindakan dengan menyita bas berkenaan dan pemandu itu dikenakan kompaun malah majikannya turut diambil tindakan kerana membenarkan pemandu memandu tanpa lesen.

“Bila dia ada saman tertunggak yang tidak dibayar, dia tidak boleh perbaharui lesen menyebabkan dia abaikan sehingga lebih 10 tahun…bila dah lebih 10 tahun tak ada lesen memandu, walaupun dalam sistem tu ada (rekod) dia kena buat permohonan semula untuk memiliki lesen memandu.

“Nampaknya masih ramai lagi pemandu yang tidak memiliki lesen memandu, tidak memiliki lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) semata-mata demi mengejar pendapatan kerana beranggapan ia bukanlah satu kepentingan mahupun perkara yang menjadi keutamaan,” katanya.

BACA: Wanita Separuh Bogel Ditemukan Maut, Dipercayai Dirogol Dan Dibunuh

Justeru, beliau berkata dengan adanya penguatkuasaan menerusi operasi itu dapat meningkatkan “perception of being caught” (POBC) atau persepsi ditahan kerana melakukan kesalahan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, Adenan berkata Ops Patuh Bersepadu yang dimulakan pada 1 Nov sehingga petang tadi telah mengambil tindakan terhadap 2,203 kenderaan dengan 2,806 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan.

Katanya, paling banyak adalah tiada lesen memandu dengan 763 kes selain tiada lesen kenderaan motor atau lesen kenderaan motor tamat tempoh membabitkan 421 kes.

“Selain itu, 381 saman dikeluarkan kerana tiada perlindungan insurans dan 113 lagi tiada lesen PSV serta lain-lain kesalahan termasuk kesalahan ubah suai kenderaan,” katanya.

Sumber: BERNAMA