Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Insiden Gangguan Seksual, Lesen PSV Pemandu E-Hailing Dibatalkan

Sofea
insiden gangguan seksual
Kredit Gambar: Bernama

Insiden Gangguan Seksual, Lesen PSV Pemandu E-Hailing Dibatalkan - Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa kementeriannya memandang serius mengenai insiden gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang pemandu e-hailing ke atas penumpang di Johor Baharu.

Susulan itu, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu tersebut dengan serta merta.

"Tindakan pembatalan PSV bermaksud pemandu tersebut tidak boleh berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.

" Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), juga akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan penambahbaikan untuk keselamatan penumpang," katanya.

Menurutnya lagi, MOT tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang menganggu gugat keselamatan penumpang. Kementerian juga bersedia untuk menyokong pihak mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku.