Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Anthony Loke Jawab Cadangan Bina Lebuh Raya Seremban-Bahau
Kesesakan lalu lintas dari Seremban-Bahau yang menghubungkan laluan ke Pantai Timur saban tahun makin teruk ketika musim perayaan.
Antara cadangan popular yang sering dilontarkan ketika musim perayaan adalah membina lebuh raya dari Seremban-Bahau.
Rupanya masih ramai keliru dengan fungsi beberapa Kementerian di Malaysia. Ada yang minta bina lebuh raya dari Kementerian Pengangkutan.
Perkara ini dijawab oleh menterinya, Anthony Loke dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan mewakili DUN Chennah.
Kata beliau, cadangan ini sepatutnya dilontarkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) bukan Kementerian Pengangkutan.
“Sebenarnya Menteri Pengangkutan tak jaga jalan. Saya jaga kereta je. Kalau pendaftaran kenderaan tu bawah JPJ tetapi pembangunan jalan tu bawah KKR. Kementerian Kerja Raya.”
“Dia ingat Menteri Pengangkutan, dia jaga semua projek projek pembangunan jalan. Ia tidak sebegitu.” jelas Loke.
Loke juga memohon pihak kerajaan Negeri Sembilan terhadap cadangan lebuh raya dari Seremban ke Bahau.
Memandangkan semakin ramai menggunakan laluan itu untuk pulang ke Lembah Klang dari Pantai Timur.
Bukan sahaja musim perayaan, jalan yang dikenali sebagai Jalan Bukit Putus yang menghubungkan Seremban dan Kuala Pilah itu juga turut sesak sepanjang minggu.
Jelas bahawa, penduduk setempat mahu penyelesaian yang tuntas dari pihak kerajaan, setidak-tidaknya mengurangkan kadar kesesakan.