Siakap Keli
gajah filipina
Gambar: Fb Manila Zoo

Gajah Tunggal Di Filipina Mati Di Zoo Manila

Gajah Tunggal Di Filipina Mati Di Zoo Manila

MANILA, 29 Nov (Bernama-Xinhua) — Satu-satunya gajah Filipina mati di Zoo Manila selepas berada di zoo itu selama 46 tahun.

Datuk Bandar Manila Maria Sheilah Honrado Lacuna-Pangan dalam siaran video di media sosialnya, gajah betina yang dikenali sebagi Mali itu mati pada petang Selasa. Bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Mali  atau nama penuhnya Vishwa Ma’ali, menghabiskan sepanjang hayatnya di Manila sejak didermakan oleh kerajaan Sri Lanka pada 1977 semasa berusia tiga tahun.

BACA JUGA: Gajah Alami Cacat Kekal Tulang Belakang Bengkok, 25 Tahun Jadi Tunggangan Pelancong

Haiwan itu menjadi tarikan utama dalam kalangan kanak-kanak sekolah, keluarga dan pelancong selama hampir lima dekad, lapor Xinhua.

Dalam sidang akhbar pada Rabu, datuk bandar berkata kematian Mali, 49, akan dimaklumkan secara rasmi kepada kerajaan Sri Lanka, selain kemungkinan mendapatkan penggantinya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?