Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fiona, Badak Air Popular Dunia Mati Selepas Tertelan Topi Pengunjung

Fiona badak air
Kredit: Instagram Zoo Cincinnati

Badak air popular, Fiona, dilaporkan mati akibat komplikasi pencernaan selepas tertelan topi yang tidak sengaja tercampak ke dalam kandangnya.

Iklan

Menurut satu kenyataan yang di muatnaik di Instagram, Zoo Cincinnati mengesahkan kematian badak air nil yang berusia sembilan tahun itu selepas beberapa hari menerima rawatan intensif bagi membantu mengeluarkan topi berkenaan.

“Fiona tidak dapat diselamatkan meskipun pasukan doktor haiwan dan penjaga kami yang berdedikasi telah mencuba sedaya upaya untuk membantunya mengharungi situasi yang bertukar menjadi kecemasan perubatan,” menurut kenyataan itu.

Fiona, Badak Air Yang Menjadi Simbol Harapan

Kredit: FOX News

Fiona bukan sahaja terkenal kerana kelincahannya, badak air itu turut menjadi simbol harapan dan ketabahan selepas mula mencuri perhatian dunia pada 2017.

Ketika itu, dia dilahirkan pramatang, iaitu enam minggu lebih awal daripada jangkaan, dengan berat hanya sekitar 13 kilogram iaitu kurang separuh daripada berat normal anak badak air yang baru lahir.

Peluangnya untuk hidup dianggap agak tipis kerana tidak mampu berdiri dengan sempurna akibat fizikalnya yang dianggap terlalu kecil dan memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa.

Pada fasa awal kelahirannya, peluang Fiona untuk terus hidup dianggap sangat tipis.

Disebabkan fizikalnya yang terlalu kecil dan lemah, dia tidak mampu berdiri atau menyusu dengan sempurna seperti anak badak air yang lain.

Keadaan kritikal ini memaksa pasukan doktor haiwan serta penjaga di Zoo Cincinnati bertungkus-lumus memberikan penjagaan rapi secara bergilir-gilir selama 24 jam sehari, termasuk bantuan perubatan intensif dan terapi fizikal bagi memastikan dia mampu bertahan.

Keadaan kritikal ini memaksa pasukan doktor haiwan serta penjaga di Zoo Cincinnati bertungkus-lumus memberikan penjagaan rapi secara bergilir-gilir selama 24 jam sehari, termasuk bantuan perubatan intensif dan terapi fizikal bagi memastikan dia mampu bertahan.

Namun, keazaman Fiona untuk terus membesar akhirnya membuahkan hasil sehingga mencetuskan fenomena budaya yang luar biasa.

Popularitinya juga melimpah ke dalam kehidupan masyarakat setempat apabila dia diabadikan dalam beberapa buah buku kanak-kanak, lukisan mural gergasi di pusat bandar Cincinnati, inspirasi perisa aiskrim tempatan, malah turut diangkat sebagai watak istimewa dalam sebuah persembahan balet.

Pemergiannya mengundang rasa dukacita dalam kalangan peminat yang mengikuti perjalanan hidupnya sejak lahir dimana Fiona bermula sebagai anak badak air pramatang yang bertarung nyawa, sehinggalah menjadi ikon yang diraikan di seluruh dunia menerusi internet.

Intipati
  • Zoo Cincinnati mengesahkan Fiona mati selepas tertelan topi yang terjatuh ke kandangnya.
  • Badak air Nil betina itu menerima rawatan intensif beberapa hari sebelum kematiannya.
  • Fiona menjadi terkenal sejak 2017 selepas dilahirkan pramatang dengan berat kira-kira 13 kilogram.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan