Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini – PM Anwar

Nur Adnin
kredit emadani
Gambar: Bernama

PENDAFTARAN, TUNTUTAN KREDIT eMADANI RM100 BERMULA ISNIN INI – PM ANWAR

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI, iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai Isnin ini hingga 20 Feb depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Perdana Menteri berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Bantuan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang melibatkan golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40 diumum Anwar semasa melancarkan kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, 27 Julai lepas.

Sumber: BERNAMA