Siakap Keli
Brownies nurul hana phd
Gambar: UPM

Aroma Brownies Jadi “Peneman” Dr Nurul Hana Raih PHD

Aroma Brownies Jadi “Peneman” Dr Nurul Hana Raih PHD

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Usaha tangga kejayaan. Begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan mengenai kegigihan graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nurul Hana Zainal Baharin yang sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sampingan bagi menampung yuran pengajian untuk bergelar Doktor Falsafah (PhD).

Dalam kenyataan dikeluarkan UPM hari ini, memaklumkan wanita berusia 32 tahun itu antaranya sanggup membakar brownies setiap hari untuk menjana pendapatan harian sepanjang menjadi mahasiswi bagi pengajian PhD Mikrobiologi Perubatan sepenuh masa.

“Aroma dari brownies menjadi peneman saya untuk membaca jurnal, menyiapkan kertas kajian serta disertasi. Kebiasaannya saya akan mula masuk dapur pada 8 malam setelah pulang menjadi guru kelas tambahan sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Ada kalanya saya membakar brownies sehingga 3 pagi terutamanya apabila mendapat tempahan yang banyak kerana ketuhar saya tidak besar selain dulang hanya ada lima dan pernah juga tidak tidur demi menyiapkan tempahan pelanggan,” kata Dr Nurul Hana, memetik kenyataan itu.

Dr Nurul Hana antara graduan pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47 yang berlangsung pada 25 Nov hingga hari ini.

BACA JUGA: Kemaluan Anak Terputus Ketika Majlis Khatan, Bapa Tuntut Keadilan

Sepanjang lebih empat tahun dalam pengajian PhD itu, Dr Hana telah menjual lebih 3,000 brownies meraih pendapatan kira-kira RM1,000 hingga RM2,000 sebulan dengan memanfaatkan sepenuhnya perniagaan secara dalam talian.

Selain menjadi seorang penjual brownies, anak kelahiran Kluang, Johor, itu turut melakukan pelbagai lagi pekerjaan sampingan termasuklah mengambil upah semakan pruf, membantu kakak iparnya dalam penghantaran hadiah secara mengejut dan guru kelas tambahan bagi murid-murid sekolah.

“Selain itu, saya juga pensyarah sambilan untuk pelajar pendidikan jarak jauh di Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara Shah Alam pada setiap hari Sabtu dan Ahad,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.