Siakap Keli
azlee senario gift
Gambar: TikTok @sillahijab

Azlee Senario Menangis Terima Pelbagai Gift, ‘Terima Kasih Hiburkan Arwah Ibu Saya’

Azlee Senario Menangis Terima Pelbagai Gift Dari Peminat, ‘Terima Kasih Hiburkan Arwah Ibu Saya’

Anak-anak 90-an kebanyakannya tentu kenal dengan kumpulan pelawak tanah air, Senario yang pernah menghiburkan kita suatu ketika dahulu.

Kumpulan pelawak ini terdiri daripada tujuh anggota termasuk Wahid Mohamad, Lan Pet Pet dan Azlee Jaafar yang pernah menjadi fenomena industri hiburan tanah air.

Berbekalkan sebuah televisyen dikala era teknologi masih belum menjadi kuasa dunia, siri, filem dan drama yang dibintangi mereka tidak pernah menghampakan.

Baru-baru ini salah seorang anggotanya Azlee Jaafar menitiskan air mata setelah diberikan pelbagai ‘gift‘ sewaktu melakukan siaran langsung di TikTok.

Gambar: TikTok @sillahijab

Detik pilu itu disaksikan menerusi klip yang dimuat naik oleh individu dipercayai pengasas kepada jenama tudung tempatan, Sheila Imran di akaun TikTok @Sillahijab.

Video berkenaan mendedahkan beliau memberikan pelbagai gift kepada pelawak tersebut kerana pernah menghiburkan arwah ibunya suatu ketika dahulu.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

“Rezeki dari Allah.. Terima kasih abang @Azlee Senario kerana pernah menghiburkan arwah ibu tercinta saya,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Sementara itu, Azlee Senario tidak senang duduk selepas mendapati dirinya diberikan pelbagai gift.

Gambar: TikTok @sillahijab

“Ya Allah.. Allahu akbar..Ya Allah.. Allahu akbar..Ya Allah.. Allahu akbar..,” ujarnnya sambil berpusing-pusing di ruang tamu.

Ujar Azlee dalam klip tersebut, beliau mendoakan pemilik akaun itu dimurahkan rezeki sambil menahan sebak.

“Ya Allah Shila apa benda ni, tak pernah tengok pun. Ya Allah!” katanya lagi.

Sepanjang ‘live‘ tersebut, Azlee menerima pelbagai gift seperti berupa ikan paus, anak kucing, singa, kereta api, istana termasuk kereta api yang nilainya mencapai ribuan ringgit.

Gambar: TikTok @sillahijab

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai turut sama mendoakan pelawak itu dan mereka menyifatkan ia satu rezeki buat dirinya.

Live tersebut turut ditonton sehingga lebih 7,000 pengguna di platform media sosial berkenaan.

Untuk info, Azlee atau nama sebenarnya Azlee Jaafar mula mencipta nama bersama kumpulan komedi Senario pada era 1990-an.

Antara adegan paling diingati adalah dalam filem Senario The Movie yang masih lagi menjadi sebutan sehingga kini kerana dia memegang watak sebagai seorang pemuda terencat akal.

BACA JUGA: Malaysia Negara Ketiga Asia Paling Fasih Bahasa Inggeris, Perak Negeri Paling “Top”

@sillahijab

Rezeki dari ALLAH .. Terima kasih abg @Azlee Senario kerana pernah menghiburkan arwah IBU TERCINTA SAYA 😢 #SAYANGMAK #cintahatiku #mommysilla

♬ original sound – SILLA HIJAB – FOUNDER SILLA

Sumber: TikTok @sillahijab

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?