Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

DUN Sabah Pilih Bobbey Sebagai Ahli Dewan Negara Bagi Penggal Kedua

dun sabah bobbey
Gambar: Bernama

DUN Sabah Pilih Bobbey Sebagai Ahli Dewan Negara Bagi Penggal Kedua

KOTA KINABALU, 30 Nov (Bernama) — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul memilih Datuk Bobbey Ah Fang Suan sebagai senator bagi mewakili negeri itu di Dewan Negara untuk penggal kedua bermula 5 Jan tahun depan.

Pemilihan itu bagi mengekalkan jawatan senator disandang Bobbey yang tamat pada 4 Jan tahun depan.

BACA JUGA: Kenaikan Elaun Pengurus, Penolong Pengurus PEDi Jadi Pembakar Semangat – Fahmi

Cadangan pemilihan itu dikemukakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan disokong Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Sebanyak 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju dengan cadangan itu dan tiada ADUN yang tidak bersetuju atau berkecuali. Sebanyak 20 ADUN direkodkan tidak hadir.

Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya ketika meluluskan pemilihan itu berkata pemilihan Bobbey, 69, sebagai Ahli Dewan Negara akan disahkan kepada Speaker Dewan Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: BERNAMA