Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kerajaan Dalam Proses Pengambilan Tanah Bagi Naik Taraf KIA
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang merancang untuk melaksanakan proses pengambilan tanah milik Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi membolehkan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dilakukan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata bagi MOT bakal mengemukakan permohonan peruntukan pengambilan tanah itu yang terletak bersebelahan KIA, di bawah Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pada tahun hadapan.
“Perancangan naik taraf KIA hanya akan dapat dilaksana setelah kerja pengambilan tanah ini diselesaikan. Ini kerana terdapat beberapa fasiliti sedia ada terletak dalam kawasan terlibat dalam projek naik taraf perlu dipindahkan terlebih dahulu ke kawasan tanah SMA yang dibuat pengambilan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab di Dewan Negara bagi menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang mahu tahu perancangan MAHB bagi menaik taraf KIA dan Lapangan Terbang Miri memandangkan jumlah kemasukan pelancong ke Sarawak semakin meningkat.
Hasbi berkata pada 2022 pula, KIA mengendalikan 4.3 juta penumpang.
Berhubung cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Miri, Hasbi berkata Kementerian Pengangkutan sebelum ini menyenaraikan projek menaik taraf lapangan terbang itu di bawah Rolling Plan Keempat, RMK12 sebagai satu daripada projek kementerian yang diberi keutamaan untuk dilaksanakan.
“Cadangan ini melibatkan pertambahan kapasiti terminal daripada dua juta penumpang setahun ke tiga juta setahun. Walaubagaimanapun mengambil kira pengumuman terkini Belanjawan 2024, MOT akan terus kemukakan permohonan ini dalam Rolling Plan Kelima RMK12 pada tahun hadapan,” katanya.
BACA: Ingat Lagu Galau, Vokalis D’Masiv Dedah ‘Rindu Setengah Mati’ Sebenarnya Lagu Ketuhanan
Sumber: Bernama