Siakap Keli
keldai akaun
Kredit: BERNAMA

Polis Tahan Dua Wanita Jadi Keldai Akaun Sebabkan Kerugian Lebih RM450,000

Polis Tahan Dua Wanita Jadi Keldai Akaun Sebabkan Kerugian Lebih RM450,000

BALIK PULAU, 30 Nov (Bernama) — Polis menahan dua wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pelaburan Crypto tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian lebih RM450,000 baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kedua-dua wanita berusia 22 tahun itu ditahan di Kota Damansara, Selangor Selasa lepas selepas siasatan awal mendapati mereka dipercayai memberikan kad bank kepada individu lain untuk kegunaan jenayah.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa iaitu seorang wanita berusia 26 tahun yang merupakan pemilik restoran makanan Jepun telah membuat beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam 10 akaun yang berbeza termasuk milik dua wanita itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, beliau berkata polis turut menahan seorang wanita warga emas disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pembelian kereta tidak wujud menerusi Facebook.

Kamarul Rizal berkata kes membabitkan wanita berusia 70 tahun itu yang ditahan Selasa lepas melibatkan kerugian kira-kira RM29,000.

“Sindiket itu memperdaya mangsa dalam urusan pembelian kereta tidak wujud melalui Facebook dan mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM29,160 ke dalam beberapa akaun bank setelah bersetuju membeli kereta import jenis Audi,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lelaki Ditahan Polis, Didakwa Tumbuk Isteri & Anak Selepas Dirakam Bawa Balik Teman Wanita

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.