Siakap Keli
Anak terharu ayah buat kejutan
Kredit TikTok

“Terima Kasih Kakak Sebab Bangga Dengan Babah”, Anak Tak Dapat Tahan Sebak, Ayah Buat Kejutan Di Sekolah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Terima Kasih Kakak Sebab Bangga Dengan Babah”, Anak Tak Dapat Tahan Sebak, Ayah Buat Kejutan Di Sekolah

Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kepada seorang anak tidak mungkin dapat digambarkan. Pengorbanan yang mereka lakukan setiap hari, bagi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik adalah satu perkara yang sangat luar biasa.

Itulah yang dapat dilihat menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok yang membuat kejutan istimewa untuk anak perempuannya.

Lelaki berkenaan difahamkan membuat kejutan istimewa itu sempena Hari Kanak-kanak yang disambut baru-baru ini. Video kejutan istimewa itu kemudian dimuat naik oleh lelaki tersebut di akaun TikTok @roy_scott76 miliknya.

Menerusi perkongsian itu, lelaki tersebut dilihat telah hadir ke sekolah lengkap berpakaian uniform kerjanya sebagai pemandu.

Apa yang lebih menarik, anak perempuannya turut memakai seragam sebagai seorang pemandu. Pada hari tersebut, dia memakai pakaian dengan tema pemandu kerana mahu menghargai kerjaya ayahnya.

Difahamkan, kejutan itu juga telah mendapat keizinan dan kerjasama daripada pihak sekolah anak perempuannya, Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam, Perak.

Pada awalnya, pelajar tersebut telah dipanggil ke hadapan kelas untuk menerangkan pemilihan kerjaya dan seragam yang dipakainya itu.

Guru kelas tersebut bertanyakan kepada pelajar berkenaan kenapa dia memilih untuk memakai pakaian tersebut.

“Keisya pakai baju ni kenapa?” soal guru tersebut kepada pelajar berkenaan.

“Saya pakai baju ini sebab saya bangga dengan ayah saya,” jawab pelajar itu terhadap soalan yang diajukan kepadanya.

Tidak lama selepas itu, si ayah kemudiannya muncul di luar kelas. Melihat kehadiran orang tuanya, pelajar berkenaan kemudian menerpa dan segera memeluk sosok tubuh ayahnya.

Suasana bertukar emosi selepas pelajar tersebut seakan tidak dapat menahan sebak ketika memeluk erat lelaki paling dicintainya itu.

Terima kasih kakak. Terima kasih kakak kerana berbangga dengan babah. Babah cuma menumpang rezeki kakak. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan kakaklah, babah dapat kerja ni.

“Terima kasih sayang, babah sayang kakak dan adik dunia akhirat. Terima kasih pihak sekolah yang beri peluang pada saya untuk beri kejutan buat anak di Hari Kanak-Kanak Bertemakan Kerjaya,” tulis kapsyen muat naik tersebut. 

Sambutan dibuat pada Jumaat, 24 November lalu

Hasil temu bual SK bersama ibu Keisya iaitu Puan Siti Khadijah Binti Abdullah, program sambutan itu dikatakan telah dijalankan pada 24 November lalu.

Menurut Puan Siti, mereka tinggal berasingan dan merupakan pasangan PJJ kerana suaminya, Mohd Saman Ghazali menetap di Puchong dan bekerja sebagai pemandu peribadi.

Keisha dikatakan adalah pelajar yang cemerlang dan sering naik ke atas pentas untuk menerima anugerah. Bagaimanapun, disebabkan kesibukan bekerja dan faktor jarak, dia sering naik ke atas pentas tanpa sosok seorang ayah disisi.

Anak yang baru berusia sembilan tahun bagaimanapun memahami tugas dan tanggungjawab ayahnya. Oleh sebab itu, dia telah memilih untuk memakai seragam sebagai pemandu pada sambutan Hari Kanak-kanak.

Perkongsian itu bukan sahaja mengundang emosi kepada mereka yang berada di dalam video tersebut. Ia juga berjaya menyentuh hati nurani warga maya yang menonton video berkenaan.

BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

“Kakak, sebaknya aunty tengok. Aunty doakan kakak jadi anak solehah, berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Terima kisah Tuan atas khidmat Tuan untuk Malaysia,” tulis seorang netizen yang turut terbuai dengan emosi selepas menonton video tersebut.

“Kakak, apa ni? Saya tak nangis, saya tengok sampai habis tau. Semoga jadi anak solehah,” tulis seorang lagi netizen.

“Ayah saya driver lori. Kadang hantar kami 2 beradik naik lori. Tak malu pun, Alhamdulillah kami berdua berjaya habiskan belajar sampai ijazah,” tulis seorang netizen berkongsi kisah hidupnya.

Kami dari team SK doakan adik Keisya berjaya suatu hari nanti dan dapat mengejar cita-cita yang diimpikan.

@roy_scott76

TERIMA KASIH KAKAK Terima kasih Kakak kerana berbangga dengan Babah..Babah cuma menumpang rezeki Kakak.. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan Kakaklah,Babah dpt kerja ni.. Terima kasih syg,Babah syg Kakak dan Adik dunia akhirat.. ***Terima kasih pihak sekolah yg beri peluang pada sy utk beri kejutan buat anak di HARI KANAK² BERTEMAKAN KERJAYA.. #harikanakkanak #kerjaya #kerjayaberseragam #kerjayaberuniform #shuberhebat #sekkebhulubernam #anakbabah#fyp

♬ original sound – Roy_Scott76 – Roy_Scott76

Sumber: TikTok/@roy_scott76

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.