Siakap Keli
Festa d’Oro: Sambutan Kehalusan Seni Itali dan Semangat Malaysia
Gambar Hiasan

Festa d’Oro: Sambutan Kehalusan Seni Itali dan Semangat Malaysia

Festa d’Oro: Sambutan Kehalusan Seni Itali dan Semangat Malaysia

Kuala Lumpur, 23 Mei 2025 – HABIB, jenama barangan kemas terulung di Malaysia, dengan bangga mempersembahkan “Festa d’Oro”, sebuah kempen berskala nasional bagi meraikan koleksi ikonik Oro Italia 916, berlangsung dari 22 Mei hingga 29 Jun 2025 di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara.

Mengangkat makna sebenar keanggunan, Festa d’Oro menjemput pencinta barangan kemas untuk meneroka dunia yang menggabungkan kehalusan seni hasil tangan Itali dengan keunikan budaya serta jiwa Malaysia. Koleksi Oro Italia 916 mempamerkan pesona emas 916 yang digemari ramai, dan diutuhkan lagi bersama keunggulan pertukangan emas Itali, melahirkan rekaan yang anggun, moden, dan memikat pandangan ramai.

Dihasilkan secara eksklusif di Itali untuk HABIB, setiap rekaan adalah lambang kemahiran dan kehalusan seni—menyerlahkan kilauan setanding berlian, perincian halus serta sentuhan kontemporari, yang direka khas untuk memenuhi cita rasa dan gaya hidup rakyat Malaysia masa kini.

Rantai leher Oro Italia 916 bertatahkan batu permata Malachite, yang boleh digayakan dengan dua cara

“Festa d’Oro bukan sekadar kempen, ia adalah satu perayaan keharmonian budaya menerusi rekaan,” ujar Dato Sri Meer, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB. “Kami berbangga untuk mengetengahkan koleksi yang bukan sahaja mencerminkan kemahiran turun-temurun pertukangan emas Itali, tetapi juga meraikan minat rakyat Malaysia terhadap warisan, penceritaan, dan keunikan tersendiri.”

Kempen tahun ini turut memperkenalkan rekaan baharu daripada koleksi ikonik seperti Cavo, Sicilia Bassano dan Stella, serta kemunculan koleksi baharu yang dinanti-nantikan seperti Granita, Milli dan Emma—kesemuanya direka dengan penuh ketelitian terhadap perincian, keselesaan pemakaian dan gaya semasa.

Rekaan baharu gelang tangan Cavo dan cincin Sicilia daripada Oro Italia 916

Menggabungkan teknik tradisional dan elemen moden, Oro Italia 916 mencerminkan keindahan, inovasi dan sentuhan seni yang merentasi budaya. Ia bukan sekadar barangan kemas—ia adalah jambatan antara tradisi dan kemodenan, antara Itali dan Malaysia.

Raikan keanggunan, kemewahan dan nilai warisan melalui koleksi Oro Italia 916 di bilik pameran HABIB seluruh negara dari 22 Mei sehingga 29 Jun 2025. Untuk maklumat terkini, layari laman web rasmi www.habibjewels.com dan ikuti HABIB di media sosial rasmi Instagram dan TikTok (@habibjewelsoficial), serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.