Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Buat Majlis Perpisahan Untuk Pak Guard, Uncle Kittu Disayangi Murid Sampai Ibu Bapa Pun Sedih

uncle kittu disayangi murid

Buat Majlis Perpisahan Untuk Pak Guard, Uncle Kittu Disayangi Murid Sampai Ibu Bapa Pun Sedih

Perpisahan adalah sesuatu takdir yang tak mungkin dapat dielak. Bak kata orang, pertemuan itu bersyarat, perpisahan itu pasti. Tapi bila perpisahan itu melibatkan orang yang baik dengan kita pasti kita rasa terharu bercampur sedih.

Seperti yang berlaku di sebuah Sekolah Bandar Baru Putera di Ipoh, video tular mereka menganjurkan majlis perpisahan seorang pengawal keselamatan yang akan berpindah ke sekolah baru. Beliau dikenali sebagai Uncle Kittu. Berdasar video yang dimuatnaik di Tiktok Fazlinda Aziz, semua murid-murid berpelukan tanda sedih di majlis perpisahan tersebut.

Murid-murid juga memberikan hadiah kepada Uncle Kittu. Menurut bacaan SK di ruang komentar, ada yang menceritakan kebaikan Uncle Kittu dan hubungan beliau dengan murid-murid. Uncle Kittu dikatakan selalu belanja murid-murid disitu. Beliau juga hafal sebahagian besar nama murid-murid tersebut.

Ada juga ibu bapa yang selalu mengambil anak-anak meluahkan rasa sedih kerana selepas ini tiada lagi kelibat Uncle Kittu di sekolah itu.

Sumber: Fazlinda Aziz