Siakap Keli
netflix permainan gta
Gambar: Netflix

Netflix Lancar Tiga Permainan GTA Khas Kepada Ahli Pada 14 Disember Ini

Netflix Lancar Tiga Permainan GTA Khas Kepada Ahli Pada 14 Disember Ini

Syarikat penstriman gergasi, Netflix memaklumkan pihaknya bakal melancarkan tiga versi permainan ikonik Grand Theft Auto (GTA) pada 14 Disember nanti.

Perkara itu dimaklumkan syarikat berkenaan dalam satu hantaran video yang memaparkan permainan tersebut.

“Berita tergempar: GTA III, Vice City, dan San Andreas daripada siri Grand Theft Auto (GTA) akan hadir ke Netflix Games bagi telefon pada 14 Disember,” tulis Netflix.

Difahamkan, permainan daripada Rockstar itu hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Netflix sahaja menerusi App Store, Google Play dan dalam aplikasi mudah alih Netflix.

Tiga Permainan GTA

Grand Theft Auto III– Edisi Definitif

GTA III membawa pemain ke Bandar Liberty di mana semuanya bermula. Permainan ini mendedahkan terhadap dunia luar yang luas dengan pelbagai watak liar daripada segenap lapisan masyarakat.

Pemain dapat berpeluang merasai kebebasan meneroka sesuka hati dalam GTA III. Ia juga berkaitan dengan dunia jenayah gelap, menarik dan kejam.

Grand Theft Auto: Vice City – Edisi Definitif

Dalam GTA Vice City, permainan ini membawa pemain kembali semula ke era 1980-an tentang kisah watak seorang lelaki bernama Tommy Vercetti  yang berambut kembang dan berpakaian sut pastel. Ia juga mengisahkan pengkhianatan dan dendamnya di sebuah bandar tropika.

BACA JUGA: Netflix Sah Naik Harga Pakej, Di Tiga Negara Buat Masa Ini

Grand Theft Auto San Andreas – Edisi Definitif

Siapa tak kenal dengan watak Carl Johnson (CJ) dalam permainan ini. Permainan ini mengisahkan watak CJ terlibat dalam kes pembunuhan pada awal tahun 90-an.

Ekoran itu, dia terpaksa melakukan perjalanan merentasi seluruh negeri San Andreas untuk menyelamatkan keluarganya dan mengawal jalanan.

GTA 6 Bakal Dilancarkan

Sebelum ini, syarikat permainan video, Rockstar melaporkan bakal mengumumkan Grand Theft Auto (GTA) VI secara rasmi.

Pengumuman itu disusuli dengan pendedahan trailer permainan berkenaan

Trailer berkenaan berkemungkinan akan dilancarkan dalam acara The Game Award yang akan berlangsung pada 7 Disember. Namun begitu, tiada mana-mana pihak, terutamanya daripada pihak Rockstar mengesahkan perkara tersebut

Sumber: Netflix (1), (2)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?